
Agak terlewat namun diharap belum terlambat. Maka kami mengucapkan selamat hari raya aidil fitri kepada anda terutama pengguna minyak herba morhabshi (serbaguna). Maaf zahir bathin.
Satu ’fenomena’ yang sering melanda setiap kali perayaan ialah ’gejala’ sakit perut. Ia melanda hampir semua keluarga tidak terkecuali kami. Maklumlah, pelbagai jenis rendang, kari, ketupat, dan kueh-mueh terperosok ke dalam perut.
Dalam keadaan begini alhamdulillah minyak morhabshi nampaknya berkesan membantu meringankan ’penderitaan’. Malah perjalanan kami sekeluarga ke Pahang juga tidak terganggu dengan ’panggilan tandas awam’.
Kepada yang yang belum biasa dengan minyak morhabshi, apabila keadaan ’gawat’ begini, selain disapu pada perut adalah lebih baik anda titiskan 5-7 titik ke dalam suku cawan air masak dan diminum. Insya-Allah dapat membantu.
Selamat hari raya aidil fitri dari kami.
foto hiasan: mouth toilet jpg
ava7.com
0 Ulasan anda:
Post a Comment