
Mas cotek atau dalam bahasa saintifiknya, Ficus deltoidea merupakan tumbuhan yang kini mula mendapat perhatian, khususnya dikalangan pengamal perubatan tradisional. Selain Tongkat Ali (Eurycoma longifolia) dan Kacip Fatimah (Labisia pumila), mas cotek dikenali kerana khasiatnya yang dapat merawat pelbagai jenis penyakit dan baik untuk penjagaan kesihatan.
Nama mas cotek adalah merupakan nama tempatan yang popular di bahagian Timur Semenanjung Malaysia. Di negeri Sabah dan Serawak, juga Kepulauan Kalimantan, tumbuhan ini dikenali dengan nama ‘sempit-sempit’. Terdapat juga suku kaum di Sabah yang menggelarnya sebagai ‘agoluran’. Di Indonesia, tumbuhan ini dipanggil ‘tabat barito’ dan beberapa nama di daerah lain seperti ara jelatih, ara tunggal, api-api telinga gajah dan api-api telinga kera. Di Afrika pula, ianya dikenali sebagai ‘Kangkalibang’. Walaupun sedemikian, nama mas cotek adalah merupakan nama yang paling popular dan dikenali jika dibandingkan dengan nama-nama tempatan yang lain.

Nama mas cotek diberi disebabkan oleh bintik-bintik halus berwarna emas yang terdapat pada permukaan atas setiap helaian daun tumbuhan ini. Di Malaysia, para saintis telah mengenalpasti bahawa terdapat lebih daripada 80 spesis tumbuhan tergolong di dalam keluarga Ficus deltoidea. Tumbuhan yang dikenali sebagai ara juga merupakan salah satu spesis keluarga Ficus deltoidea. Ficus deltoidea Jack atau Mistleteo fig adalah diantara spesis yang diklasifikasikan secara saintifik dan ianya tergolong dalam keluarga Moraceae.
Secara tradisi, nama tempatan serta pengkelasan jenis mas cotek dilakukan mengikut spesis seperti delima sudip, serapat angin, telinga gajah, telinga kera, telinga beruk dan sebagainya. Di Malaysia, spesis serapat angin banyak terdapat di bahagian Pantai Timur Semenanjung terutamanya di Negeri Terengganu. Spesis telinga beruk dan telinga gajah pula, banyak terdapat di Negeri Kelantan. Delima sudip boleh diperolehi di kawasan Tengah dan Selatan Semenanjung, manakala telinga kera banyak terdapat di bahagian Utara Semenanjung.
Menurut pengamal perubatan tradisional, mas cotek boleh diklasifikasikan kepada dua kategori utama iaitu:
a) Mas cotek jantan
b) Mas cotek betina
Perbezaan paling ketara yang dapat dilihat diantara spesis mas cotek jantan dan spesis mas cotek betina adalah dari segi rupa bentuk daunnya. Jenis yang berdaun kecil, tirus, nipis dan ringan lebih dikenali sebagai pokok mas cotek jantan. Bahagian belakang daun mas cotek jantan juga terdapat bintik berwarna merah. Pada kebiasaannya, daun-daun ini mempunyai satu bintik merah, tetapi terdapat juga daun yang mempunyai dua dan tiga bintik merah.
Bagi mas cotek jenis betina pula, rupa bentuk daunnya adalah lebih besar dan kebanyakan daunnya berbentuk bujur dan bulat serta lebih tebal jika dibandingkan dengan spesis jantan. Sama seperti daun jantan, daun betina juga mempunyai bintik pada bahagian belakang daunnya. Warna bintik pada daun betina bukannya berwarna merah, akan tetapi ianya berwarna hitam. Selain itu, urat daun betina kelihatan lebih jelas di bahagian permukaan atas daun jika dibandingkan dengan daun jantan.
Mengikut konsep ‘Doctrine of signature’, bentuk, warna, rasa dan bau pada setiap bahagian tumbuhan mas cotek menggambarkan kegunan herba itu untuk rawatan penyakit. Secara tradisi, daun mas cotek digunakan oleh golongan wanita selepas bersalin untuk mengecutkan rahim, memperbaiki peredaran darah, mengembalikan tenaga, merawat masalah berkaitan peredaran darah, dan dijadikan sebagai minuman herba untuk kesihatan serta kecantikan.
Bagi pengamal perubatan tradisional, mas cotek juga berupaya mencegah dan menyembuh beberapa jenis penyakit sekiranya diamalkan dengan betul seperti penyakit paru-paru berair, kencing manis, lemah jantung, darah tinggi dan cirit-birit. Dalam hal ini, kebanyakan pengamal perubatan tradisional mensyorkan mas cotek diamalkan sebagai minuman teh herba.
Kajian Mas Cotek oleh Nasnan Jajuli
Jika anda melihat pada botol Minyak Morhabshi anda akan dapati ia dikeluarkan di alamat: Jalan Jamian, Kg Sungai Tengar, Sungai Air Tawar, Sabak Bernam, 45100 Selangor Darul Ehsan. Apabila anda melihat pula produk Mas Cotek rumusan saudara Nasnan, anda dapati ia dikeluarkan oleh syarikat Delto SDN BHD yang beralamat di Delto Medicama Plantation (M) Sdn. Bhd. (683416-X), Q5, Jalan Yunan, Sungai Tengar, Sungai Air Tawar, Sabak Bernam, 45100 Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Ya. Saudara Nasnan (pemilik Delto SDN BHD) dan saya adalah teman sekampung. Keluarga saya mengeluarkan Minyak Morhabshi manakala Nasnan dan keluarganya mengeluarkan Mas Cotek. Pada suatu masa adik-adik saya pernah bekerja dengan beliau.
Menjadi pengusaha herba mas cotek tidak pernah terlintas di fikiran beliau. Lagi-lagi menjadi perintis awal kepada herba yang dahulunya kurang dikenali umum. Sudah tentu tiada atau kurang agensi yang menjalankan kajian terperinci ke atas herba berpotensi tinggi, mas cotek. Maka Pengarah Urusan Delto Medicama Plantation tersebut sedar bahawa beliau perlu melakukan sesuatu!
Berbekalkan modal dan keyakinan dalam diri, Nasnan mula mengorak langkah. Proses menghasilkan produk berkualiti dan baik untuk pengguna bukan kerja mudah. Untuk meyakinkan pengguna juga bukan kerja senang. Akhirnya beliau tampil ke hadapan bersama tiga produk iaitu teh mas cotek, minyak mas cotek, dan kapsul mas cotek. Tiga produk ini merupakan hasil kombinasi tujuh spesis dari kira-kira 80 spesis mas cotek di Malaysia.
Berdasarkan kajian makmal yang dilakukan oleh agensi-agensi seperti FRIM, MARDI, UPM, UM, UTM, UKM, dan lain-lain, mereka mendapati setiap mas cotek perlu digabungkan dengan spesis mas cotek lain agar dapat memberi kesan yang lebih hebat dan stabil. Hal ini berlawanan dengan tanggapan umum bahawa menggunakan mana-mana spesis mas cotek sudah mencukupi.
Maka beliau memulakan kajian berdasaskan asas yang dibuat agensi-agensi tersebut dengan mencampurkan ekstrak beberapa spesis mas cotek.
Hasil kajian tersebut dihantar sekali lagi untuk diperiksa dan disahkan oleh pihak tertentu termasuk UPM, SIRIM, JAKIM, dan Kementerian Kesihatan. Akhirnya produk tersebut berjaya di pasaran tempatan dan luar negara.
Kini, hasil rundingan dan persefahaman antara saya selaku admin morhabshi.com dengan saudara Nansnan Jajuli selaku Pengarah Urusan syarikat Delto Medicama Plantation (M) Sdn. Bhd. maka morhabshi.com diberi keizinan memasarkan Kapsul Mas Cotek dengan memberi tumpuan pada pasaran internet.
Khasiat kapsul mas cotek:
< merawat dan menyembuhkan kencing manis
< mengawal dan menyembuhkan tekanan darah (tinggi atau rendah)
< meningkatkan ketegangan zakar
Berdasarkan pengalaman, amalan mengambil kapsul mas cotek menjadikan tubuh berasa sentiasa sihat dan bertenaga.
Untuk mendapatkan kapsul mas cotek, anda cuma perlu menghantar nama & alamat anda melalui SMS kepada saya: 019 440 2211 (Noor Azman Aminudin). Harga sepeket kapsul mas cotek (10 biji) ialah RM20 termasuk pos.
Foto:
MAS COTEK jpg: bernama.com
mascotek small jpg: razabio.com.my
buah mas cotek jpg: bayuu.blogdrive.com






