
Serba salah juga saya untuk menceritakan hal ini. Namun tak mengapalah, kita berkongsi pengalaman.
Sebagaimana yang pernah saya maklumkan jualan utama minyak Morhabshi ialah melalui internet, yakni lebih 95%. Setiap hari kami menghantar antara 50 hingga 150 botol minyak Morhabshi ke seluruh Malaysia, Brunei, dan juga Singapura.
Dalam pada itu saya ada menempah 3 helai 'bunting' di kedai seorang rakan, tetapi bukanlah pada masa yang sama. Sehelai, saya letakkan di sebuah kedai runcit kecil dalam kampung saya. Sudah hampir reput pun. 'Bunting' kedua saya gantungkan di sebuah gerai menjual majalah. Manakala satu lagi yang baru ditempah saya berikan pada ibu saudara saya yang membuka kedai kek di Kg Sentosa Paroi Seremban. Baru-baru ini saya ada menulis tentang keenakan donatnya sehingga dapat dijual antara 1000 hingga 1500 biji sehari!
Minggu lepas akak yang menjual majalah menelefon saya menyatakan 'bunting' tersebut dirampas Kementerian Kesihatan. Tapi minyak tidak diambil. Dua hari selepas itu saya mendapat panggilan telefon daripada seorang pegawai kesihatan meminta saya datang ke pejabatnya pada minggu berikutnya.
Saya memberitahu beliau bahawa saya akan menemuinya pada petang itu juga sebab hari lain saya sibuk. Petang itupun saya ada mesyuarat dan saya terpaksa datang sebelum mesyuarat.
Pegawai kesihatan tersebut menyambut kedatangan saya dengan mesra. Beliau memberitahu bahawa pihak beliau tiada masalah terhadap minyak tradisional untuk sapuan luar sahaja.
Beliau menjelaskan bahawa kesalahan saya ialah kerana menulis beberapa penyakit yang tidak dibenarkan pada bahan promosi. Beliau menunjukkan senarai 20 jenis penyakit yang memerlukan kelulusan kementerian sebelum dipromosi kepada orang ramai.
Antaranya kanser/barah dan kencing manis. Namun pada 'bunting' tersebut hanya ada kanser. Kencing manis memang tidak ada.
Selain itu beliau juga menasihatkan saya supaya membuang perkataan mengenai penyakit misteri seperti dirasuk syaitan, sawan, dan histeria kerana kementerian kesihatan tidak membenarkan.
Pertemuan selama 20 minit itu berakhir dengan amat baik dan pegawai tersebut menasihatkan saya agar mengambil langkah yang sama untuk promosi di internet.
Justeru saya akan cuba mematuhi nasihat beliau dan membuang perkara-perkara tersebut.
Sebenarnya saya sendiri tidak begitu suka menghebohkan betapa minyak Morhabshi boleh menghindari makhluk halus dan mengubati penyakit ganjil. Hal ini kerana jika pengguna sudah menganggap begitu maka jualan kami akan berkurangan. Sebab, tidak ramai yang mengalami masalah pelik itu!
Kami mahu minyak Minyak Morhabshi digunakan untuk kegunaan keluarga meliputi sakit kulit, gigitan serangga, lenguh, sakit urat, sakit perut dll. Dengan itu lebih ramai yang akan membelinya dan jualan ulangan pun tinggi. Bukankah itu masalah yang sering kita hadapi?
Kelmarin, seorang pelanggan (Syed, NS) menelefon saya mengatakan ibunya yang tidak dapat berjalan sebelum ini sudah dapat berjalan setelah disapukan minyak Morhabshi. Alhamdulillah.
Saya rasa kementerian kesihatan tiada masalah dengan kenyataan seperti itu jika saya paparkan dalam bahan promosi minyak Morhabshi.
Terima kasih kepada pegawai tersebut dan juga kepada semua pelanggan minyak Morhabshi atas sokongan anda bagi meneruskan ramuan tradisional ini.
Foto hiasan:
bomoh 1 jpg
muslimconsumer.org.my
0 Ulasan anda:
Post a Comment