
Sepanjang minggu ini kesibukan makin memuncak. Dalam kekalutan tugas rasmi di awal tahun yang sebenarnya tidak akan surut, saya ikut terlibat dalam persiapan majlis perkahwinan adik bongsu dalam keluarga isteri saya, meski tidak sepenuhnya.
Mujur program-program luar belum bermula sepenuhnya. Itupun saya telah menolak satu program kerana bertindan dengan program walimatul urus di rumah kami, esok.
Pulang daripada menghantar pengantin tadi singgah sebentar di mini market yang terletak dalam kampung. Pemilik kedai tersebut bercerita bahawa anaknya terpilih mengikuti PLKN di Kuala Pilah. Jadi dibekalkannya beberapa botol minyak Morhabshi, mana tahu jika diperlukan.
Pada suatu ketika, beberapa orang peserta kem PLKN itu telah diserang histeria. Anak pemilik kedai tersebut segera memberikan minyak Morhabshi kepada jurulatih mereka untuk disapukan pada peserta terbabit.
Alhamdulillah. Tidak sampai 5 minit, para peserta berkenaan pulih semula.
Alhamdulillah. Subhanallah. Semua itu berlaku dengan qudrat Allah SWT dan kita sekadar berusaha.
"faiza azzamta watawakkal alallah innallaha yuhibbu mutawakkilin". Maka apabila telah cukup azam maka bertawakkal lah kepada Allah SWT, sesungguhnya Allah SWT amat mengasihi orang yang bertawakkal."
Kata orang tua-tua, 'sediakan payung sebelum hujan'.
Nota:
Untuk histeria, cara penggunaannya sama seperti pada bayi iaitu disapu atau dicalit pada sendi-sendi, tengkuk, ubun-ubun, kening, belakang telinga. Wallahualam.

foto hiasan:
1bd475532c0f26b...ge jpg
ocusfocus.aminus3.com
0 Ulasan anda:
Post a Comment