
"hari tu, mulut aku ni penuh dengan lopak," kata ibu saya. Dia tak tahu nama penyakit itu.
Menurut beliau baru-baru ini dalam mulut beliau terjadi lopak-lopak kecil berwarna putih. Sakitnya, sampai terasa tebal muka.
"Ulser," kata isteri saya.
Lalu diambilnya minyak morhabshi dan disapukan ke dalam mulut. Macamana dibuatnya, entahlah. Katanya, sapu sahaja. Alhamdulillah, mujarab.
Setau saya minyak morhabshi amat baik untuk pelbagai penyakit kulit. Jika gatal, garu sahaja sampai melecet atau kemerah-merahan. Kemudian sapukan dengan minyak morhabshi. Insya-Allah.
Ibu saya yang mengajarkan begitu. Menggaru memang sedap.
Seorang rakan (pegawai bank) di Lukut pernah menceritakan tangannya terkena pisau ketika meraut buluh. Darah merambu keluar. Sebelum ke klinik, dia melumurkan minyak morhabshi pada luka dan darah berhenti serta merta. Doktor yang merawatnya turut kagum bila diberitahu.
Sejak promosi secara lebih aktif Jun 2009, pesanan minyak morhabshi kami amat menggalakkan. Alhamdulillah. Jualan untuk bulan Disember sahaja hampir mencecah 2000 unit.
Nampaknya sasaran kami 3000 unit sebulan hampir tercapai.
Mulai Januari 2010, kami mula membuat promosi secara offline di sekitar lembah kelang. Salah seorang cucu Dr(H) Ustaz Hamid akan berpengkalan di Puchong bagi melayani permintaan penduduk setempat. Namanya Kuzaimi, anak sulung Mak Andak saya.
Pasaran juga semakin luas. Selain Singapura dan Brunei, terdapat juga pesanan daripada United Kingdom. Namun agar sukar mengirimnya ke sana. Jika menggunakan kapal boleh memakan masa hingga 3 bulan!
Kepada yang ingin membeli minyak Morhabshi, harganya cuma RM5 sebotol. Namun biasanya para pelanggan akan memesan mengikut pakej bagi menjimatkan kos penghantaran. Anda boleh mendapatkan harga borong serendah RM3 sebotol manakala kos penghantaran bagi pembelian 5 botol dan ke atas ditanggung oleh kami.
Dengan tawaran harga tersebut, anda boleh jual kepada rakan-rakan dan mendapat keuntungan.
Untuk membuat pesanan juga mudah. SMS nama dan alamat, nyatakan berapa botol yang anda mahu. Bayaran boleh dibuat sebelum atau selepas anda menerima produk. Malah, jika nak tunggu gaji di hujung bulan pun boleh.
Bayaran boleh dibuat melalui Maybank, CIMB, atau Bank Islam.
(Lihat pakej yang kami tawarkan)
foto hiasan:
mouth cancer jpg
cancer-info-guide.com
0 Ulasan anda:
Post a Comment