
Kunyit, selain daripada digunakan dalam masakan sebenarnya berupaya dijadikan ramuan bagi mengubati penyakit tertentu
Dalam perubatan Thai, kunyit digunakan bagi merawat bisa patukan ular tedung.
Saya menemui petua dalam kitab Attabib walhikmah karangan Dr(H) Ustaz Hj Hamid bahawa kunyit dicampurkan kuning telur dan madu lebah dapat menyembuhkan gasterik.
Seterusnya saya juga mendapat tahu kunyit memang berkesan bagi mengubati luka.
Menyebut tentang luka, industri perubatan menawarkan pelbagai alternatif bagi mengatasi masalah luka. Selain ubat-ubat moden, ramuan secara tradisional terus mendapat tempat dalam kalangan pengguna. Antaranya ialah minyak herba serbaguna Morhabshi yang turut memasukkan kunyit dalam ramuannya.
Berdasarkan pengalaman minyak Morhabshi memang berkesan untuk rawatan luka samada akibat objek tajam mahupun geseran pada permukaan kasar seperti dalam kes kemalangan motorsikal ataupun terjatuh ketika berlari.
Cuma kami ingin mengingatkan bahawa dalam kes kemalangan besar, walaupun darah sudah berhenti keluar setelah disapukan minyak Morhabshi, rawatan susulan ke hospital masih diperlukan bagi mengesan kecederaan dalaman.
Bagi saya, rawatan tradisional dan moden masing-masing ada keperluannya. Justeru tidak rugi menyimpan beberapa botol minyak Morhabshi di rumah kerana kita tidak tahu bilakah kita akan memerlukannya.
Kegunaan minyak Morhabshi yang berbagai-bagai menjadikan minyak ini amat sesuai untuk seisi keluarga.
0 Ulasan anda:
Post a Comment