
'Boleh bayar sebelum atau selepas terima minyak morhabshi'
Selain pernyataan syukur dan terima kasih atas khasiat minyak morhabshi, saya juga sering menerima penghargaan daripada pelanggan kerana menaruh kepercayaan kepada mereka. Hal ini kerana kami memberi kemudahan kepada pelanggan membuat bayaran selepas produk diterima dengan selamat.
Malah ada yang menunggu gaji pada hujung bulan sebelum membuat bayaran. Tak apa. Bagi kami, inilah perkhidmatan tambahan yang mampu kami sediakan untuk para pelanggan yang sentiasa menyokong kami.
Semalam saya menerima kiriman wang daripada seorang pelanggan di Singapura. Beliau turut menitipkan catatan terima kasih kerana meletakkan kepercayaan setiap kali berurusniaga. Sebenarnya beliau adalah pelanggan tetap minyak morhabshi. Sejak awal lagi saya tidak mensyaratkan agar pembayaran mesti dijelaskan sebelum penghantaran produk. Itulah yang membuatkan beliau rasa terharu.
Kenapa saya begitu yakin setiap pelanggan akan melunaskan bayaran?
Pertama, produk yang kami keluarkan adalah bagi menyembuhkan penyakit. 99% pelanggan adalah orang Islam manakala selebihnya tetap percaya konsep ketuhanan yang percaya kuasa Tuhan dalam menyembuhkan penyakit. Ertinya, sebarang jenis ubat tidak mampu menyembuhkan penyakit tanpa keredhaan dan izin Tuhan.
Atas faktor itulah saya yakin semua pelanggan akan melunaskan bayaran. Namun bagi usahawan yang ingin membeli dengan kuantiti yang banyak, deposit 50% daripada jumlah hendaklah dijelaskan terlebih dahulu sebelum penghantaran.
Kedua, sebelum kami mempercayai anda sebenarnya anda sudah terlebih dahulu mempercayai kami. Jika tidak masakan anda sedia menggunakan produk kami sedangkan belum pernah bersua muka?
Justeru jika anda mempercayai kami kenapa kami tidak boleh mempercayai anda?
Faktor ketiga ialah kerana kami yakin kemujaraban dan keberkesanan minyak Morhabshi. Hal ini berdasarkan kadar jualan ulangan yang amat tinggi sejak dikeluarkan lebih 50 tahun. (lihat testimoni). Kebanyakan pembeli minyak morhabshi akhirnya menjadi pelanggan tetap. Para pembeli akan membuat bayaran sebab mereka akan membeli lagi.
Kami percaya pelanggan akan berpuas hati dan tidak ada sebab untuk mereka mungkir janji.
Apapun, kami mengucapkan berbanyak terima kasih atas sokongan anda semua. Sejak jualan melalui internet kira-kira 10 tahun yang lalu kami amat menyedari bahawa sikap saling mempercayai adalah aset terpenting perniagaan ini.
Semoga dengan pengumuman kerajaan bagi meningkatkan keupayaan jalur lebar beberapa hari lagi akan meningkatkan bilangan pengguna minyak morhabshi khususnya dan merancakkan perniagaan berasaskan herba tradisional yang agak lembab di pasaran luar sebelum ini.
Terima kasih daun keladi.
2 Ulasan anda:
Cheguman,
Nak tanya sikit... ada tak yang tak bayar?
Hafis
Hafis, (Maaf lewat reply)
Ada juga yang terlupa bayar. Maklum lah, sibuk. Tapi bilangannya sangat kecil.
Post a Comment