
Ketika memasuki tandas di Mydin MITC Melaka siang tadi saya terpandang papan tanda di atas. Lantas saya terfikir, sejauh manakah peraturan tersebut dipatuhi. Atau, adakah para pekerja bersedia mematuhi perkara tersebut.
Fikiran saya menerawang lagi dan bertemu pada soalan adakah perlu alat kawalan tertentu digunakan bagi memastikan ia dipatuhi?
Apakah alat yang sesuai? Buku log, CCTV, atau...?
Akhirnya saya dapati (dalam fikiran saya) tidak ada satu alatpun yang sesuai melainkan kesedaran sendiri.
Justeru setiap orang perlu sedar dan disedarkan betapa menjaga kebersihan adalah tanggungjawab setiap orang. Setiap orang perlu sedar dan disedarkan bahawa jika kita tidak mengutamakan kebersihan maka orang lain pun begitu juga.
Percayalah, jika kita berbuat yang terbaik pada diri sendiri maka kebaikan tersebut akan melimpah pada orang lain dan kembali kepada kita semula. Begitulah sebaliknya.
Justeru, berbuatlah yang terbaik dan percayalah bahawa seluruh dunia akan menyokong anda dan akan mencontohi anda.
0 Ulasan anda:
Post a Comment