
Semalam saya singgah di kedai seorang rakan untuk mencetak kitab Attabib Walhikmah karangan pengasas Minyak Morhabshi, Ustaz Hj Abd. Hamid.
Untuk makluman, walaupun kandungan kitab tersebut boleh diambil secara percuma, namun versi elektronik tidak lengkap kerana ayat-ayat tidak dimasukkan. Justeru jika ada yang berminat mendapatkan versi lengkap, terpaksalah saya fotostat sahaja dan kos pengiriman serta fotostat sebanyak RM15 dikenakan.
Sambil menanti, berceritalah rakan saya itu:
Baru-baru ini anaknya menemui seekor kucing yang ditinggalkan tuannya. Ia bukan sahaja terbiar malah mulut dan hidungnya berdarah.
Maka anaknya menyapukan minyak Murhabshi pada mulut dan hidung kucing itu. Dia juga menitiskan beberapa titis minyak Morhabshi ke dalam mulut kucing itu.
Alhamdulillah. Pendarahan berhenti dan kucing itu kelihatan beransur pulih.
Kemudian mereka membawa kucing itu menemui doktor haiwan dan diberitahu bahawa kucing malang itu termakan racun. Doktor tersebut merasa kagum kerana kucing tersebut terselamat.
Alhamdulillah. Nampaknya kita mendapat satu lagi khasiat minyak Morhabshi iaitu menjadi penawar kepada racun. Ia juga menjadi faktor tambahan untuk kita sentiasa menyimpan minyak Morhabshi di rumah.
Wallahualam.
0 Ulasan anda:
Post a Comment