Tuesday, July 6, 2010

kami cuba yang terbaik


Assalamualaikum para pelanggan yang dihormati;

Jika tuan/puan sempat melihat cbox di www.morhabshi.com minggu lepas, barangkali tuan/puan akan terlihat pertanyaan daripada seorang pembeli bahawa produk yang dipesan belum diterima.

Beliau juga bertanya adakah beliau perlu membayar terlebih dahulu sebelum pihak morhabshi.com membuat pengiriman?

Sebenarnya begini:

Apabila tuan/puan membuat tempahan samada melalui borang pesanan di www.morhabshi.com atau menggunakan sms ke 019 440 2211, pesanan tersebut akan diterima oleh admin.

Seterusnya admin akan memasukkan pesanan tuan/puan ke dalam senarai pesanan mengikut tarikh. Pesanan tersebut segera di 'forward' kepada bahagian pembungkusan dan pengiriman ketika itu juga. (proses ini berlaku dalam tempoh beberapa minit sahaja).

Bahagian pengiriman akan melakukan tindakan berikut:
Pertama; menerima pesanan yang di'forward' oleh admin, membungkus, dan mengepos.

Jika pesanan tuan/puan diterima sebelum tengahari maka pengiriman akan dibuat pada hari yang sama.

Jika pesanan diterima selepas tengahari maka kiriman akan dibuat pada keesokan harinya.

Kami menerima antara 5-10 pesanan melibatkan 20-500 botol. sehari Setakat ini semuanya berjalan lancar. Alhamdulillah.

Sementara itu, setiap pesanan akan di'backup' melalui 4 salinan termasuk 'online storage'.

Cuma apabila pesanan kami terima pada petang Jumaat dan kebetulan pejabat pos bercuti pada hari Sabtu maka penghantaran akan dibuat pada hari Isnin. Ketika itulah penghantaran dirasakan agak lembab. Sebenarnya kerana cuti umum.

Kami berusaha agar tuan/puan menerima dengan cepat. Justeru kami menggunakan perkhidmatan Poslaju bagi pesanan pakej D dan ke atas (8 botol dan ke atas).

Bagi pembelian kurang daripada 8 botol kami menggunakan Pos Berdaftar.

Perbezaannya; jika menggunakan Poslaju tuan/puan akan menerima antara 1 hingga 3 hari manakala menggunakan Pos Berdaftar antara 2 hingga 5 hari bekerja. (berdasarkan maklumat pihak Pos Malaysia).

Kenapa kami tidak menggunakan Poslaju untuk Pakej A/B/C dan menaikkan sedikit bayaran?

Sebenarnya ini adalah strategi perniagaan. Kami ingin menggalakkan pelanggan membeli dan menjual. Atau, tuan/puan boleh berpakat dengan rakan-rakan sepejabat untuk membeli secara berkongsi.

Ternyata kaedah yang kami sediakan ini amat berkesan. Kebanyakan pengguna membuat pesanan Pakej G iaitu 20 botol.

Kesannya, 'win-win situation' telah berlaku.

Itulah hasrat kami: anda menang, rakan-rakan anda menang, dan itulah sebenarnya kemenangan kami kerana kami sedar tanpa pelanggan yang berpuas hati sudah tentu kami tidak mampu meneruskan perniagaan ini.

Terima kasih kerana terus menyokong kami mempertahankan perubatan herba tradisional sebagai alternatif atau sebagai bantuan sebelum mendapatkan rawatan selanjutnya.

Sesungguhnya kami bukanlah 'siapa-siapa' dan produk kami bukanlah 'apa-apa'. Yang menyembuhkan sudah tentulah Allah Taala yang menjadikan semuanya.

Kita hanya berikhtiar.

0 Ulasan anda:

Pengumuman penting

Membuat pesanan/pembelian (SMS ke 0194401944)

Ya, 01944-01944. Amat mudah.

sila guna no Akaun:
cimb 0408-0009 1360 58 (MORHABSHI)
ATAU;
Maybank 1540 5329 0898 (Noor Azman Aminudin)


SMS kepada 01944-01944

Itu sahaja. Terima kasih.

Untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi terus saya di 0194402211.

Minyak Morhabshi adalah produk berdaftar di bawah Kementerian Kesihatan (KKM: NOT110703273K).

MORHABSHI adalah jenama berdaftar (trademark) dan dipermilik di bawah
Syarikat MORHABSHI (REG. MA0154229-W)

Pejabat urusan morhabshi
16B-1, JALAN PERMATA 14, TAMAN HARTA PERTAMA, BUKIT BARU SYESYEN 2, 75150 MELAKA, MALAYSIA

Kongsi pengalaman anda atau pelanggan yang menggunakan minyak morhabshi

Tempah sekarang 0194401944 tanpa deposit

Tempah sekarang 0194401944 tanpa deposit

khasiat Zafaron @ Safron

Sememangnya kami sentiasa menyimpan stok Zaafaron atau Safron dalam kuantiti yang agak banyak. Maklumlah, kami memang memerlukannya sentiasa bagi dicampurkan bersama bahan lain dalam ramuan minyak morhabshi. Membeli dalam kuantiti yang banyak memang menguntungkan kerana kami diberi harga yang lebih murah. Justeru, jika sesiapa ingin merasai sendiri khasiat dan keistimewaan Zaafaron atau Safron bolehlah dapatkan daripada kami pada harga yang berpatutan. Cuma RM10 untuk bancuhan sebanyak 20 mug air atau 10 botol air (500ml). Tambah RM5 untuk kos penghantaran. Namun jika anda membeli RM20, kami kecualikan kos penghantaran. Oh ya. Jika anda memesan Minyak Morhabshi, maka anda juga dikecualikan terus daripada membayar kos penghantaran tadi. Cara menggunakannya amat mudah. Campurkan antara tiga hingga 5 urat (helai) safron ke dalam segelas air dan biarkan ia larut sebelum diminum. Air tersebut akan bertukar warna menjadi keemasan. Itulah sebabnya salah satu kegunaan safron ialah sebagai pewarna nasi beryani. Selain diminum begitu sekaligus, anda juga boleh memasukkan lima hingga 10 urat ke dalam sebotol air 500ml dan diminum sedikit demi sedikit sepanjang hari. Anda boleh gunakan air panas, air suam, air sejuk, air tapisan, atau air mineral. Saya sendiri mengamalkannya bagi mengubati darah tinggi. Kali pertama saya mencuba (satu mug dicampur lebih kurang lima urat Safron) dan diminum sekaligus, terasa sakit kepala sedikit. Urat tengkuk seolah menegang. Oleh kerana saya memang mempunyai alat pengesan tekanan darah maka saya menggunakannya kira-kira dua jam selepas itu. Hasilnya, alhamdulillah. Bacaan tekanan darah saya 120/80. Apabila saya bangun pagi esoknya, terasa satu kelainan iaitu badan 'terasa ringan' dan segar - satu keadaan yang sudah lama tidak saya rasakan. Pada hari kedua saya meminumnya, masih terasa sedikit tindak balas sebagaimana yang saya ceritakan tadi. Namun saya rasakan semakin sihat dan segar. Seolah kesihatan saya sudah pulih seperti dulu. Selepas itu saya terus menggunakannya hingga kini dan tidak ada lagi sebarang tindak balas seperti tadi. Cuba lah. Lihat artikal berkaitan di sini.
Bacaan tambahan di sini.
Tonton video penghasilan Safron di sini.
Dapatkan maklumat tambahan mengenai minyak morhabshi di laman rasmi www.morhabshi.com

VVIP

Minyak Morhabshi kami diadun dengan lebih daripada 30 jenis herba tradisional tempatan.

TIADA SEBARANG DADAH, RACUN, ATAU BAHAN KIMIA

Kegunaan Morhabshi dalam kebudayaan Melayu

Meskipun ramai yang merasakan baru pertama kali mendengar nama Morhabshi, namun ia sebenarnya bukanlah asing dalam kebudayaan Melayu. Orang Melayu menggelarnya 'kemenyan bunian' kerana keampuhannya menghindari gangguan makhluk halus. Bahagian yang paling penting ialah getahnya yang digunakan untuk menghalau atau menghindari makhluk ghaib tersebut. Di Malaysia khasiat Morhabshi dipercayai lebih awal diamalkan dalam masyarakat lain seperti Arab, Cina dan India.

Morhabshi dalam Perubatan Tradisional

Dipercayai resin Morhabshi memasuki Tanah Melayu dan dalam kehidupan orang Melayu melalui pergaulan dan persemendaan dengan masyarakat Arab yang ketika itu menguasai istana dan golongan bangsawan.

Berdasarkan pengamatan dan ilmu yang dimiliki nenek moyang kita, Morhabshi dicampurkan bersama minyak-minyak tertentu seperti minyak kelapa, zaiton, lenga (bijan), serai serta herba-herba seperti keduduk putih, bayam batu, lemuni, raja kayu, hempedu bumi, cekur dan sebagainya dapat menyembuhkan pelbagai penyakit kulit seperti kayap, barah, kudis, gatal-gatal serta sakit gigi, cirit-birit dan sebagainya.

Campuran ini juga didapati berkesan menghentikan pendarahan luar (luka dan sebagainya).

Bagi yang kurang yakin dengan kehebatan nenek moyang kita, sila semak kembali perjalanan sejarah negara, terutama Empayar Melaka yang pernah menjadi pusat perdagangan, pusat penyebaran Islam, dan pusat perkembangan ilmu pengetahuan terhebat di zamannya.

Justeru adalah mustahil bangsa yang begitu hebat ketika itu tidak mempunyai teknologi perubatan mereka sendiri.

Popular Posts

Noor Azman Aminudin
Pengarah Urusan Morhabshi

PEJABAT URUSAN MORHABSHI

16B-1, JALAN PERMATA 14, TAMAN HARTA PERTAMA, BUKIT BARU SYESYEN 2, 75150 MELAKA.
0194402211 | 0194401944

cheguman@gmail.com; cheguman@yahoo.com; cheguman@live.com

Web rasmi: morhabshi.com
Web Agen jualan: morhabshi.biz

Blog: www.morha.info

Web iklan: www.iklanpercuma4all.com

Facebook: http://facebook.com/morhabshi

MORHABSHI adalah sebuah syarikat berdaftar: M0154229-W

Minyak MORHABSHI adalah produk berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia: NOT110703273K

MORHABSHI adalah jenama berdaftar di bawah Perbadanan Harta Intelek Malaysia. Sebarang peniruan, pemalsuan, atau penggunaan tanpa izin akan didakwa.

Pengkalan Blog Morhabshi