
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Dato'/datin/tuan/puan yang dihormati. Saya mendoakan anda sekalian dirahmati Allah SWT sentiasa lebih-lebih lagi setelah kita selesai menunaikan satu lagi Rukun Islam iaitu berpuasa di bulan Ramadhan.
Jika dikira artikal pertama yang disiarkan dalam panduannet pada tahun 1999, ertinya sudah masuk tahun ke-11 minyak Morhabshi di pasaran internet.
Alhamdulillah. Setelah melalui pelbagai kesukaran di peringkat awal dan pertengahan kini minyak morhabshi semakin dekat pada rakyat Malaysia, terutamanya pengguna Islam.
Selain kerana khasiat dan pelbagai keistimewaan produk, peningkatan kualiti jalur lebar dan kemudahan pelayar internet sehingga boleh diakses di telapak tangan juga amat membantu meningkatkan jualan sehingga ke tahap ini.
Buat masa ini saya belum ingin mengumumkan jumlah jualan setiap bulan namun saya ingin berkongsi pengalaman dengan anda bahawa perniagaan melalui internet memang amat menggalakkan. Purata kami mencapai sehingga RM10k sebulan.
Kenapa saya ceritakan kepada anda? Ya. Saya ingin anda semua bersama saya meneroka pasaran melalui internet yang amat luas ini. Tidak ada ruginya jika semua pelanggan morhabshi juga merupakan usahawan di internet dan kita boleh fikirkan bagaimana untuk menjelajah pasaran dunia bersama-sama.
Sebelum saya menyambung tugas membantu isteri di dapur merebus ketupat, saya ingin bertanya dua soalan: adakah anda sudah menerima semua pesanan daripada kami? dan, adakah anda sudah membuat bayaran bagi minyak morhabshi yang telah diterima? Jika, sudah membuat bayaran sila sms ke 019 4402211 untuk saya rekodkan.
Yang paling saya risaukan ialah anda belum menerima minyak morhasbhi sedangkan bayaran sudah dibuat. Jika berlaku, sila hubungi saya segera.
Akhir kata saya dan seluruh keluarga merakamkan ucapan Selamat Hari Raya aidil fitri. Saya memohon ampun dan maaf atas kesalahan dan kesilapan saya terutama semasa kita berurusan.
Admin.
Noor Azman
Marhani
- Muhammad Harith
- Muhammad Haziq
- Muhammad Hasif
Salam hormat;

Foto:
http://rds.yahoo.com/_ylt=A0S0206DgohML1MAK6ijzbkF/SIG=12al904vc/EXP=1284101123/**http%3a//kad-raya.blogspot.com/2008/01/kad-raya-001.html
0 Ulasan anda:
Post a Comment