

Minggu lepas kami menerima sepucuk surat daripada seorang pengguna minyak Morhabshi di Netherland. Kira-kira sebulan yang lalu kami telah mengirimkan beberapa botol minyak Morhabshi kepada beliau. Di sini saya salin beberapa pengalaman beliau suami isteri menggunakan minyak ini:
“Saya banyak-banyak syukur pada Allah kerana minyak Morhabshi ini betul-betul bagus dan baik untuk saya. Dengan izin Allah tangan kiri saya sudah baik. (Sebelum ini beliau mengatakan tangan kiri kebas akibat musim sejuk melampau).
“Kulit kaki dan tangan , kalau digigit nyamuk, mesti ada tanda-tanda sebesar 20 sen dan tak hilang, sehingga 1-2 tahun. Kini, apabila digigit nyamuk saya cepat-cepat sapu setitik dan kesannya segera hilang. Suami saya juga terperanjat melihatnya sehingga terkeluar kata-kata: ‘wow, cannot belief’ dari mulutnya.”
“Sebelum puasa tekak saya sakit, sukar telan makanan. Saya minum sedikit minyak morhabshi (seperti yang ditunjukkan), dan seketika kemudian dah boleh makan.”
“Pada suatu hari suami saya pulang dalam keadaan terbongkok-bongkok kerana sakit pinggang. Saya terus ambil minyak dan sapu di pinggangnya serta diberi minum. Apabila suami bangun, dia tidak sedar yang dia sudah berdiri tegak semula. Tak jadi ke doktor.”
Demikian antara kandungan surat bertulis tangan sepanjang dua muka surat yang kami terima beberapa hari yang lepas. Surat tersebut bertarikh 17 Ogos 2010.
Alhamdulillah. Sememangnya sebagaimana kata Puan Hashna tadi, semuanya dengan izin Allah sebagaimana firman-Nya: “Apabila engkau telah berusaha maka bertawakkal lah kepada Allah, sesungguhnya Allah amat mengasihi orang yang bertawakkal.”
Kepada yang ingin memesan, selain melalui kotak pesanan di www.morhabshi.com, anda juga boleh terus SMS (019 440 2211) kepada saya. Kini, anda juga boleh menggunakan email dan pesanan tersebut akan akan terus sampai ke tangan saya.
Alhamdulillah. Bukan sahaja khasiatnya banyak malah cara untuk mendapatkannya juga mudah. Anda cuma perlu membuat pesanan dan produk akan terus ke rumah anda. Kemudian, anda bolehlah membuat pembayaran secara ‘online’ di internet atau singgah di mana-mana mesin ATM apabila anda keluar.
Anda tidak perlu tergesa-gesa membayar. Yang penting, bayar... betul tak?
Salam Ramadhan
0 Ulasan anda:
Post a Comment