
Beberapa hari lagi tirai 2010 akan dilabuhkan. Dan tanpa menanti walau sesaat pun, fajar 2011 pula bakal menyongsong.
Mahu tidak mahu, suka atau tidak, usia kita juga turut beranjak setakuk lagi menghampiri senja. Namun itu bukan kepastian bahawa antara kita ‘siapa yang dulu pergi…?’.
Meskipun demikian, saya belum lagi mahu menanggalkan uniform kerja dan bersimpuh di atas sejadah siang dan malam. Sememangnya maut jarang berurusan dengan insan yang sedang bersedia. Malaikat maut sering datang di waktu yang tidak kita duga.
Justeru saya tidak bercadang untuk mensesiakan jasad yang Allah Taala hadiahkan untuk sekadar menanti tibanya ajal.
Sudah tentu saya bukan bermaksud untuk menyampaikan khutbah tentang kematian yang memang pasti datang. Di ruang ini, saya masih berbicara tentang cita-cita, harapan, dan masa depan.
Bagi kita yang masih punya nafas; Ya, masih banyak kejayaan yang boleh kita capai. 2011 akan kita orak dengan lebih profesional.
Setakat ini saya sudah menyelesaikan beberapa perkara sebagai persediaan. Antaranya, pendaftaran syarikat dan menaiktaraf pembungkusan luar minyak Morhabshi.
Insya-Allah, hasrat saya untuk melihat minyak herba serbaguna ini berada di dalam kotak ubat dikebanyakan rumah, kereta, dan tempat kerja penduduk Malaysia akan tercapai sebelum berakhirnya musim 2011.
Tahukah anda bahawa bilangan isi rumah di negara kita pada 2007 ialah 5,057,500 (http://www.scribd.com/doc/10403091/PecahanPendapatanrakyat). Jika kita andaikan cuma 10% yang membeli produk ini maka jumlah jualan boleh mencecah 505750 unit.
Cuba anda kirakan jumlah RM yang dipungut daripada jualan tersebut! Katakan harganya RM5 seunit. Darabkan sahaja dengan 505750 unit.
Jika impian tersebut terlaksana bermakna kami perlu menyediakan antara 40 ribu hingga 50 ribu unit sebulan. Itupun jika mereka hanya membeli sekali setahun!
Setakat ini rekod pembelian ulangan amat tinggi. Alhamdulillah.
Kenapa saya beritahu anda semua ini?
Sejujurnya, saya sedar semua itu tidak akan mampu saya lakukan berseorangan. Malah keuntungan daripada keunikan produk ini tidak mungkin menjadi milik saya seorang. Ertinya, angka 505750 darab RM5 itu akan kita kongsikan bersama.
Samada saya seorang yang pemurah ataupun tidak, saya tiada pilihan lain selain daripada berkongsi semua ini dengan orang lain. Mungkin anda seorang daripadanya.
Ya, saya perlukan orang lain untuk menjadikan angka-angka di atas hamparan elektronik ini bertukar menjadi wang sebenar!
Perkongsian? Ya, dalam mengharungi globalisasi hanya yang sudi berkongsi sahaja yang mampu menang manakala yang bersendirian akan kecundang.
Buat masa ini kami mengemukakan tiga bentuk perkongsian iaitu:
Pertama, dengan cara membekalkan produk menggunakan jenama Minyak Morhabshi dengan pembungkusan 100% oleh pihak kami.
Melalui cara ini hampir semua perkara termasuk harga dan kuantiti ditentukan oleh kami. Anda cuma perlu jual kepada pelanggan. Anda boleh menjual terus kepada pelanggan secara runcit atau melantik beberapa orang pengedar lain. Anda sediakan modal dan berikan mereka komisyen jualan.
Kaedah kedua ialah dengan menawarkan produk yang siap dilabelkan dengan jenama Minyak Morhabshi tetapi labelnya ditempah khas dengan mempamerkan nama, alamat, dan nombor telefon pengusaha berkenaan.
Melalui cara ini pengusaha tersebut mempunyai pegangan yang lebih kukuh dengan pelanggan dan para pengedar mereka.
Manakala melalui cara ketiga (terbaru) ialah kami menjual minyak herba ini secara pukal. Terpulanglah kepada pengusaha untuk membungkus dan membotolkan mengikut cara sendiri dan menggunakan jenama sendiri.
Jika anda ingin membina sebuah perniagaan besar, maka pilihan ini adalah satu peluang untuk anda memiliki sebuah syarikat pemasaran.
Sebenarnya ada beberapa cara lagi untuk kita berkongsi. Salah satu daripadanya ialah dengan membantu saya membuat promosi, khususnya di internet.
Ada banyak cara untuk anda melakukannya. Salah satu daripadanya ialah dengan menyediakan web atau blog serta berusaha menjadikannya popular. Dalam masa yang sama, pamerkan iklan minyak Morhabshi dengan URL affiliate yang kami sediakan. Setiap kali pengunjung mengklik link tersebut, pengkalan data kami secara automatik akan mengesan dan merekodkannya. Oh ya, ramai yang melakukannya melalui Facebook dan ternyata ia juga berkesan.
Kami akan bayar anda komisyen perklik. Tawaran kami, jika anda daftar mulai Julai hingga Disember 2010 (tinggal beberapa hari sahaja lagi), kami bayar 5 sen perklik.
Kata pemuka ekonomi, wang tidak bertambah sebaliknya hanya bertukar tangan. Itulah juga yang berlaku dalam urusniaga minyak Morhabshi.
Apabila seseorang membuat pesanan untuk membeli Minyak Morhabshi melalui pos, maka seluruh jentera ‘akan bekerja’.
Pembekal pelbagai minyak herba dan tumbuhan, pencari akar kayu, pengusaha tanaman herba merupakan pihak pertama yang akan dihubungi dan menerima bayaran.
Semua bahan tersebut dibawa pulang dan diproses.
Dalam pada itu urusan pembungkusan bermula dengan tempahan botol, label, kotak dan lain-lain pun berjalan.
Pesanan yang telah dibungkus dibawa ke firma penghantaran untuk dipos menggunakan Poslaju.
Lihatlah berapa ramai yang telah terlibat pada peringkat tadi. Setiap peringkat melibatkan pelbagai industri yang memerlukan pekerja serta pengusaha dan dari situlah ia menggerakkan ekonomi negara.
Masing-masing ada bahagiannya.
Proses tidak terhenti setakat itu sahaja. Apabila produk diterima oleh anda, maka anda akan mempunyai dua pilihan iaitu sekadar menggunakannya sendiri (dan menghadiahkan pada orang lain) dan juga menjualnya.
Untuk menjual, anda mungkin hanya menjualnya sendirian atau anda juga boleh memilih untuk memiliki sekumpulan pengedar bagi meluaskan pasaran.
Maka kitaran ekonomi bertalian dan berlanjutan lagi.
Bagi ummat Islam, ini adalah sebahagian daripada ibadah yang diberi pahala oleh Allah Taala. Jikapun kita gagal menjadi kaya-raya dengan usaha ini, namun jika niat kita ikhlas, Allah Taala akan mengiktirafnya di akhirat kelak.
Kalaupun kita tidak ikhlas, insya-Allah kebaikannya tetap akan dinikmati orang lain dan akhirnya (saya percaya) insya-Allah kita tetap mendapat pahala juga, sekurang-kurangnya apabila pesakit yang telah sembuh mendoakan untuk kita.
Wallahu’alam.
Salam hormat daripada saya,
0 Ulasan anda:
Post a Comment