
Hari ini genab 12 bulan sistem baru bagi mempromosi Minyak Morhabshi di www.morhabshi.com.
Minggu ini pihak pengurusan MorhabshiDotCom mula membayar saguhati kepada para Sahabat Morhabshi yang telah membantu mempromosi web rasmi tersebut.
Alhamdulillah. Terima kasih atas kerjasama dan sokongan anda meskipun saguhati tersebut tidaklah banyak.
Sementara itu kami mengharapkan kerjasama tuan/puan untuk menyemak sendiri rekod akaun dan memaklumkan kepada kami (0194402211) serta membuat tuntutan.
Bayaran hanya akan dibuat setelah kami menerima permohonan (sms 019 440 2211).
Tuan/puan boleh login di www.morhabshi.com dan di situ tercatat rekod statistik pengunjung hasil promosi tuan/puan. Hubungi saya jika lupa kata laluan.
Saguhati dibayar berdasarkan kiraan 5sen perklik (LIMA SEN PERKLIK). Ertinya, walaupun tiada pembelian oleh pengunjung, anda tetap dibayar.
Berbeza dulu, komisyen dibayar hanya jika ada jualan.
Mengimbas kembali perjalanan MorhabshiDotCom, pada mulanya kami menggunakan sistem affiliate dengan 10 level. Namun ternyata kurang mendapat sambutan sebab kebanyakan pengguna internet meletakkan persepsi bahawa hasil yang diperolehi 'indah khabar dari rupa'.
Malah ramai pengguna internet sudah berpengalaman dengan sistem affiliate dan sedar bahawa sistem tersebut tidak begitu praktikal. (persepsi boleh berubah-ubah).
Kesan negatif daripada sistem tersebut ialah pengunjung menyangka MorhabshiDotCom adalah skim cepat kaya dan produk yang disediakan tidak berkualiti.
Maka mulai Oktober 2009 kami mengubah sistem tersebut dengan mempelawa para blogger untuk mempromosi Minyak Morhabshi melalui blog masing-masing.
Cara yang digunakan ialah para blogger meletakkan link, ikon, atau banner dalam blog/web mereka dan jika pengunjung klik di situ, sistem kami akan segera mengecam, menghitung, dan merekodnya.
Kebanyakan portal profesional menggunakan sistem ini sekarang.
Pemilik blog/web boleh menyemak statistik masing-masing dan menuntut pembayaran bila-bila masa.
Kini, dengan pesatnya penggunaan laman sosial seperti Facebook, sesiapa sahaja boleh mempromosi Minyak Morhabshi dengan lebih mudah.
Jika belum tahu, minta bantuan rakan anda yang biasa melakukannya. Sebenarnya ia amat mudah.
Yang penting, anda mempunyai akaun di www.morhabshi.com.
Untuk membuka akaun, klik pada ikon yang disediakan. Ia adalah borang yang sama dengan borang pesanan. Rasionalnya, anda perlu mencuba khasiat Minyak Morhabshi terlebih dahulu sebelum mempromosi kepada orang lain.
Dulu, kami meletakkan syarat pembelian minimum 8 botol namun kini tidak ada syarat tambahan.
Kami membuka peluang kepada sesiapa sahaja.
Setelah mendaftar anda akan diberikan URL tersendiri. Ia adalah kunci untuk sistem kami bagi mengecam rekod kunjungan ke akaun anda. Sesiapa yang klik pada URL tersebut akan dikenalpasti sebagai 'milik anda'.
Gunakan URL tersebut sebagai link dan letakkan pada blog, web, Facebook, email, atau SMS anda.
Ia akan bekerja secara automatik 24 jam sehari, 7 hari seminggu tanpa henti selagi anda tidak membuangnya.
Setiap kali tetamu atau rakan FB anda mengKLIK URL tersebut, kami akan membayar anda sebanyak Lima Sen. Jika seratus klik sehari, anda akan dapat RM5 dan jika sebulan berjumlah RM150.
Tidaklah terlalu lumayan tetapi dapatlah membantu meringankan bil telefon dan internet anda.
Selamat mencuba dan semoga berjaya.

