Tuesday, December 28, 2010

Minyak Morhabshi Baik Untuk penawar gigitan serangga


Ramai yang tidak peduli tentang serangga. Maklumlah, melainkan jika ia mebawa kepada kematian seperti denggi, malaria dan lain-lain, gigitan serangga dianggap remeh dan tidak perlu diperpanjangkan.

Namun ada orang yang tidak tahan dengan gigitan makhluk kecil itu. Malah ada yang melarat menjadi kudis, bengkak, dan bernanah.

Saya sendiri tidak tahan dengan gigitan serangga. Malah jika terkena sedikit sahaja kulit saya akan memerah, gatal.

Seorang pelanggan kami yang menetap di Holand mengadu kesan gigitan nyamuk pada kulitnya meninggalkan bengkah dan parut sehingga bertahun.

Alhamdulillah, sejak menggunakan Minyak Morhabshi, masalah tersebut telah selesai.

Seorang lagi pelanggan kami di Sabah (Jaimis Bin Luntau) meninggalkan testimony berikut di web rasmi morhabshi:

“Saya telah melanggan minyak ini sejak awal tahun 2010.Pengalaman saya pertama ia lah saya pernah digigit serangga berbisa dan menggunakan minyak ini sebagai ubat dan ternyata hanya 2 minit sakitnya hilang.

Yang kedua ialah Saya terkena benda tajam yang melukakan ditangan saya dan darah terlalu banyak. Syukor saya terbawa minyak ini dan menggunakannya dan ternyata darah terhenti dan kulit pun terus melakat dan tidak bernanah.

Yang ketiga saya sejak 10 tahun yang lalu saya sering datang ke hospital untuk ambil ubat gatal,jika tidak gatal-gatal itu membawa kulit saya terluka (berkudis).Selepas saya melanggan minyak ini saja yang saya gunakan dan dia berkesan menyembuhkan yang gatal.

Saya jarang ke hospital selepas saya gunakan minyak in. Terima kasih kepada pihak admin yang membantu saya memperkenalkan ubat minyak ini. Oleh kerana saya merasakan keberkesanan minyak ini maka saya mahu membuat pesanan lagi. TQ.”


Saya selalu mencadangkan agar minyak Morhabshi ini disimpan sentiasa kerana ia membantu kita dan keluarga dalam perkara-perkara yang dianggap kecil tetapi boleh menyusahkan keluarga kita.

Saturday, December 25, 2010

jualan gudang produk herba serbaguna


Beberapa hari lagi tirai 2010 akan dilabuhkan. Dan tanpa menanti walau sesaat pun, fajar 2011 pula bakal menyongsong.

Mahu tidak mahu, suka atau tidak, usia kita juga turut beranjak setakuk lagi menghampiri senja. Namun itu bukan kepastian bahawa antara kita ‘siapa yang dulu pergi…?’.

Meskipun demikian, saya belum lagi mahu menanggalkan uniform kerja dan bersimpuh di atas sejadah siang dan malam. Sememangnya maut jarang berurusan dengan insan yang sedang bersedia. Malaikat maut sering datang di waktu yang tidak kita duga.

Justeru saya tidak bercadang untuk mensesiakan jasad yang Allah Taala hadiahkan untuk sekadar menanti tibanya ajal.

Sudah tentu saya bukan bermaksud untuk menyampaikan khutbah tentang kematian yang memang pasti datang. Di ruang ini, saya masih berbicara tentang cita-cita, harapan, dan masa depan.

Bagi kita yang masih punya nafas; Ya, masih banyak kejayaan yang boleh kita capai. 2011 akan kita orak dengan lebih profesional.

Setakat ini saya sudah menyelesaikan beberapa perkara sebagai persediaan. Antaranya, pendaftaran syarikat dan menaiktaraf pembungkusan luar minyak Morhabshi.

Insya-Allah, hasrat saya untuk melihat minyak herba serbaguna ini berada di dalam kotak ubat dikebanyakan rumah, kereta, dan tempat kerja penduduk Malaysia akan tercapai sebelum berakhirnya musim 2011.

Tahukah anda bahawa bilangan isi rumah di negara kita pada 2007 ialah 5,057,500 (http://www.scribd.com/doc/10403091/PecahanPendapatanrakyat). Jika kita andaikan cuma 10% yang membeli produk ini maka jumlah jualan boleh mencecah 505750 unit.

Cuba anda kirakan jumlah RM yang dipungut daripada jualan tersebut! Katakan harganya RM5 seunit. Darabkan sahaja dengan 505750 unit.

Jika impian tersebut terlaksana bermakna kami perlu menyediakan antara 40 ribu hingga 50 ribu unit sebulan. Itupun jika mereka hanya membeli sekali setahun!

Setakat ini rekod pembelian ulangan amat tinggi. Alhamdulillah.

Kenapa saya beritahu anda semua ini?

Sejujurnya, saya sedar semua itu tidak akan mampu saya lakukan berseorangan. Malah keuntungan daripada keunikan produk ini tidak mungkin menjadi milik saya seorang. Ertinya, angka 505750 darab RM5 itu akan kita kongsikan bersama.

Samada saya seorang yang pemurah ataupun tidak, saya tiada pilihan lain selain daripada berkongsi semua ini dengan orang lain. Mungkin anda seorang daripadanya.

Ya, saya perlukan orang lain untuk menjadikan angka-angka di atas hamparan elektronik ini bertukar menjadi wang sebenar!

Perkongsian? Ya, dalam mengharungi globalisasi hanya yang sudi berkongsi sahaja yang mampu menang manakala yang bersendirian akan kecundang.

Buat masa ini kami mengemukakan tiga bentuk perkongsian iaitu:

Pertama, dengan cara membekalkan produk menggunakan jenama Minyak Morhabshi dengan pembungkusan 100% oleh pihak kami.

Melalui cara ini hampir semua perkara termasuk harga dan kuantiti ditentukan oleh kami. Anda cuma perlu jual kepada pelanggan. Anda boleh menjual terus kepada pelanggan secara runcit atau melantik beberapa orang pengedar lain. Anda sediakan modal dan berikan mereka komisyen jualan.

Kaedah kedua ialah dengan menawarkan produk yang siap dilabelkan dengan jenama Minyak Morhabshi tetapi labelnya ditempah khas dengan mempamerkan nama, alamat, dan nombor telefon pengusaha berkenaan.

Melalui cara ini pengusaha tersebut mempunyai pegangan yang lebih kukuh dengan pelanggan dan para pengedar mereka.

Manakala melalui cara ketiga (terbaru) ialah kami menjual minyak herba ini secara pukal. Terpulanglah kepada pengusaha untuk membungkus dan membotolkan mengikut cara sendiri dan menggunakan jenama sendiri.

Jika anda ingin membina sebuah perniagaan besar, maka pilihan ini adalah satu peluang untuk anda memiliki sebuah syarikat pemasaran.

Sebenarnya ada beberapa cara lagi untuk kita berkongsi. Salah satu daripadanya ialah dengan membantu saya membuat promosi, khususnya di internet.

Ada banyak cara untuk anda melakukannya. Salah satu daripadanya ialah dengan menyediakan web atau blog serta berusaha menjadikannya popular. Dalam masa yang sama, pamerkan iklan minyak Morhabshi dengan URL affiliate yang kami sediakan. Setiap kali pengunjung mengklik link tersebut, pengkalan data kami secara automatik akan mengesan dan merekodkannya. Oh ya, ramai yang melakukannya melalui Facebook dan ternyata ia juga berkesan.

Kami akan bayar anda komisyen perklik. Tawaran kami, jika anda daftar mulai Julai hingga Disember 2010 (tinggal beberapa hari sahaja lagi), kami bayar 5 sen perklik.

Kata pemuka ekonomi, wang tidak bertambah sebaliknya hanya bertukar tangan. Itulah juga yang berlaku dalam urusniaga minyak Morhabshi.

Apabila seseorang membuat pesanan untuk membeli Minyak Morhabshi melalui pos, maka seluruh jentera ‘akan bekerja’.

Pembekal pelbagai minyak herba dan tumbuhan, pencari akar kayu, pengusaha tanaman herba merupakan pihak pertama yang akan dihubungi dan menerima bayaran.

Semua bahan tersebut dibawa pulang dan diproses.

Dalam pada itu urusan pembungkusan bermula dengan tempahan botol, label, kotak dan lain-lain pun berjalan.

Pesanan yang telah dibungkus dibawa ke firma penghantaran untuk dipos menggunakan Poslaju.

Lihatlah berapa ramai yang telah terlibat pada peringkat tadi. Setiap peringkat melibatkan pelbagai industri yang memerlukan pekerja serta pengusaha dan dari situlah ia menggerakkan ekonomi negara.

Masing-masing ada bahagiannya.

Proses tidak terhenti setakat itu sahaja. Apabila produk diterima oleh anda, maka anda akan mempunyai dua pilihan iaitu sekadar menggunakannya sendiri (dan menghadiahkan pada orang lain) dan juga menjualnya.

Untuk menjual, anda mungkin hanya menjualnya sendirian atau anda juga boleh memilih untuk memiliki sekumpulan pengedar bagi meluaskan pasaran.

Maka kitaran ekonomi bertalian dan berlanjutan lagi.

Bagi ummat Islam, ini adalah sebahagian daripada ibadah yang diberi pahala oleh Allah Taala. Jikapun kita gagal menjadi kaya-raya dengan usaha ini, namun jika niat kita ikhlas, Allah Taala akan mengiktirafnya di akhirat kelak.

Kalaupun kita tidak ikhlas, insya-Allah kebaikannya tetap akan dinikmati orang lain dan akhirnya (saya percaya) insya-Allah kita tetap mendapat pahala juga, sekurang-kurangnya apabila pesakit yang telah sembuh mendoakan untuk kita.

Wallahu’alam.


Salam hormat daripada saya,

Tuesday, December 7, 2010

Morhabshi untuk kelegaan segera, tanpa dadah atau kimia


Melalui pengalaman saya sendiri serta dapatan daripada beberapa teman, minyak Morhabshi mampu memberikan rasa lega dengan cepat, umpama ubat penahan sakit.

Saya pernah diserang sakit gigi di tengah malam hingga tidak boleh tidur. Dengan mencelupkan cebisan tisu pada minyak herba ini hingga basah kemudian dipalamkan pada lubang gigi yang sakit, tidak sampai 10 minit sakit pun hilang.

Begitu juga untuk sakit perut yang memulas, sakit selepas ubat bius habis, serta gatal-gatal yang keterlaluan.

Juga untuk kecederaan seperti luka.

Saya pernah menulis di blog ini suatu ketika dulu pengalaman saya selepas pembedahan kecil dalam mulut dan ubat bius tidak berfungsi setelah saya minum nescaffe pekat. (untuk makluman, segelas nescaffe pekat boleh menghilangkan (potong) kuasa bius. Oleh itu jangan minum kopi atau nescaffe selepas ambil ubat doktor atau homeopathy).

Seorang pekedai runcit di kampung saya (Melaka) menceritakan bahawa dia pernah menjalani proses membuang batu karang di hospital dan pada malamnya tidak dapat tidur kerana sakit.

Oleh kerana beliau memang menjual minyak Morhabshi maka disapu minyak itu pada bahagian yang sakit. Alhamdulillah, seketika kemudian beliau dapat tidur dengan lena.

Sebenarnya banyak lagi kes yang pernah diceritakan pada saya selepas menggunakan minyak herba tradisional ini. Sebahagian daripadanya telah saya kongsikan dalam blog ini manakala sebahagian lagi dicatatkan sendiri oleh pengguna dalam ruang testimoni www.morhabshi.com.

Selamat mencuba.

Sunday, December 5, 2010

Perkahwinan Jin dengan Manusia


Dalam artikal sebelum ini saya menyiarkan ayat Al-Quran Surah Al-Jin yang membuktikan bahawa jin adalah salah satu makhluk ciptaan Allah SWT. Sekaligus, ayat tersebut dengan jelas menolak dakwaan sesetengah golongan yang enggan mempercayai adanya makhluk tersebut.

Saya berpendapat ‘orang bunian’ yang diceritakan dalam masyarakat Melayu adalah sebahagian makhluk jin.


Kita sambung seterusnya...

Sejak kecil saya biasa mendengar kisah seseorang yang hilang kemudiannya menceritakan bahawa dia telah sampai ke kampung bunian dan berkahwin dengan gadis bunian.

Tamar Jalis, seorang penulis kisah misteri yang sangat saya minati (Siri Bercakap Dengan Jin) juga mendakwa datuknya mempunyai seorang isteri dari kalangan orang bunian.

Timbul persoalan, benarkah manusia boleh berkahwin dengan makhluk halus sedangkan asal kejadian kedua-dua makhluk tersebut amat jauh berbeza? Manusia berasal daripada tanah manakala jin daripada api.

Lihat ayat Al-Quran berkenaan penciptaan manusia:

“Dari bumi (tanah) itulah Kami menjadikan kamu dan kepadanya Kami akan mengembalikan kamu dan daripadanya Kami akan mengeluarkan kamu pada kali yang lain” Suran Thaha (20): 55

Berikut pula ayat Al-Quran mengenai kejadian jin:
“Dan Kami telah menciptakan jin sebelum (Adam) dari api yang sangat panas .” (Al Hijr 27)

“Dan Kami telah menciptakan jin dari nyala api.” (Ar Rahman 15)

Sebuah hadis riwayat Muslim mencatatkan:
” Malaikat diciptakan dari cahaya, jin diciptakan dari nyala api dan Adam diciptakan dari apa yang telah engkau ketahui.” [iaitu dari tanah]
(HR. Muslim didalam kitab Az Zuhdi dan Ahmad di dalam Al Musnad).

Berdasarkan hadis tersebut, terdapat perbezaan yang nyata antara penciptaan manusia, jin, dan malaikat.

Kembali pada persoalan asal, bolehkah manusia berkahwin dengan jin?

Dalam menjawab persoalan ini beberapa ulama mengatakan, walaupun asal kejadian jin daripada api, namun makhluk tersebut kini telah melalui proses beranak pinak. Justeru keturunan jin bukan lagi daripada api.

Hal ini samalah dengan manusia. Walaupun Adam dijadikan daripada tanah, namun sekalian manusia dijadikan daripada titisan air mani.

Para ulama’ bukan sahaja telah membicarakan tentang kewajaran berlakunya perkahwinan antara manusia dan jin bahkan menghasilkan fatwa tentang hukum perkahwinan tersebut:

Jumhur ulama’ seperti al-Hasan, Qatadah, Ishak, dan Hakim menyatakan hukumnya makruh.

Imam al-Malik bin Anas r.a mengatakan hukumnya harus tetapi tidak digalakkan.

Abu Othman bin al-Abbas al-Razi dalam kitabnya “Al-Ilham wa al-Waswas menceritakan bahawa suatu kaum jin telah mengutus surat kepada Imam Malik bin Anas untuk bertanya masalah perkahwinan manusia-jin. Imam Anas menjawab: “Aku melihat tidak ada masalah dalam agama tetapi adalah makruh apabila terdapat seorang wanita hamil, dan ditanya siapa suaminya maka jawapannya ialah jin, maka akan timbul kerosakan dalam agama kita.”

Apakah boleh berlaku persetubuhan antara manusia dengan makhluk halus atau ghaib?

Beberapa ulama menyandarkan kewajaran perkara itu boleh berlaku berdasarkan hadis:
Ibnu Abbas r.a berkata; maksudnya: “Apabila seorang suami menyetubuhi isterinya di dalam keadaan haid, ia didahului oleh syaitan. Apabila perempuan itu hamil, ia akan mengandungkan khunsa (pondan). Kaum khunsa itu adalah anak-anak jin.”

Wallahu’alam.

Bersambung...

Rujukan dan salinan terjemahan ayat Al-Quran:
Misteri Aneh dan Ganji, Abu Talhah Iqamuddin, Pustaka Al-Ehsan, Selangor, 2010.
Perubatan Islam, Menangkis Kejahatan Makhluk Halus, Sharhan Shafie & Fakhrul Ridza Abd Rahman, Sinar Zamdurrani, KL, 2010.
http://www.mindamadani.my/content/view/86/4/
http://setanhantu.wordpress.com/2007/11/05/jin-dalam-kisah-al-quran-bukan-mahluk-gaib/


Foto sekadar hiasan:
http://www.flickr.com/photos/emadivine/2822163988/

Thursday, December 2, 2010

Merawat Diabetes (kencing manis)



Siang tadi saya menulis berkenaan perbualan telefon saya dengan seorang pengguna/penjual minyak Morhabshi di Johor. Cuma siang tadi saya hanya menulis tentang rawatan mata.

Satu perkara lagi yang dikongsikan dengan saya dalam perbualan itu ialah mengenai seorang pelanggannya yang menghidap kencing manis. Setelah menggunakan minyak Morhabshi (dengan cara meminum dan menyapu pada luka), kandungan gula pesakit itu telah menurun dan kudis pada tubuhnya semakin sembuh dan kelihatan isi baru sudah mula menumbuh.

Alhamdulillah.

Jika dalam isu rawatan mata saya tidak berani mengesahkannya, namun dalam soal kencing manis memang terdapat banyak kajian di seluruh dunia. Anda boleh membacanya di tepi (kanan) blog ini atau di web rasmi Morhabshi.

Barangkali sebab itulah agaknya kandungan gula saya sentiasa stabil sebab saya selalu meminum minyak Morhabshi.

Nota:
Masukkan beberapa titik Minyak Morhabshi (5-6 titik) ke dalam ¼ cawan air masak dan diminum 2-3 kali sehari mengikut kesesuaian.

Wednesday, December 1, 2010

Morhabshi merawat mata


Pagi-pagi lagi saya menerima panggilan daripada pelanggan di Johor bertanyakan adakah Minyak Morhabshi boleh dititiskan ke dalam mata bagi mengubati sakit mata, rabun dan sebagainya?

Sekali lagi saya katakan bahawa saya tidak berani untuk mengatakan YA! Namun minyak Morhabshi memang pernah termasuk ke dalam mata saya apabila saya menyapunya pada kelopak mata. Rasanya agak pedih sedikit namun tidak meninggalkan kesan sampingan.

Idea bagi merawat mata menggunakan minyak Morhabshi datangnya dari seorang Pelanggan di Belanda (Holland) iaitu Puan Hasnah yang kini menetap di sana setelah berkahwin.

Minggu lepas, Puan Hasnah dan suami serta anak-anaknya tiba di Melaka namun tidak sempat berkunjung ke rumah kami. Kerana kesuntukan masa, saya dan isteri menemui mereka di suatu tempat(mereka ingin segera ke KL).

Maka saya tanyakan sendiri kepada beliau. Puan Hasnah tetap mengatakan bahawa beliau telah mencuba dan hasilnya agak menakjubkan.

Maka itulah yang saya katakan semula pada pemanggil tersebut. Saya tidak menyuruh dan tidak juga melarang.

Apapun, kita hanya berikhtiar.

Wallahu'alam.

Pengumuman penting

Membuat pesanan/pembelian (SMS ke 0194401944)

Ya, 01944-01944. Amat mudah.

sila guna no Akaun:
cimb 0408-0009 1360 58 (MORHABSHI)
ATAU;
Maybank 1540 5329 0898 (Noor Azman Aminudin)


SMS kepada 01944-01944

Itu sahaja. Terima kasih.

Untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi terus saya di 0194402211.

Minyak Morhabshi adalah produk berdaftar di bawah Kementerian Kesihatan (KKM: NOT110703273K).

MORHABSHI adalah jenama berdaftar (trademark) dan dipermilik di bawah
Syarikat MORHABSHI (REG. MA0154229-W)

Pejabat urusan morhabshi
16B-1, JALAN PERMATA 14, TAMAN HARTA PERTAMA, BUKIT BARU SYESYEN 2, 75150 MELAKA, MALAYSIA

Kongsi pengalaman anda atau pelanggan yang menggunakan minyak morhabshi

Tempah sekarang 0194401944 tanpa deposit

Tempah sekarang 0194401944 tanpa deposit

khasiat Zafaron @ Safron

Sememangnya kami sentiasa menyimpan stok Zaafaron atau Safron dalam kuantiti yang agak banyak. Maklumlah, kami memang memerlukannya sentiasa bagi dicampurkan bersama bahan lain dalam ramuan minyak morhabshi. Membeli dalam kuantiti yang banyak memang menguntungkan kerana kami diberi harga yang lebih murah. Justeru, jika sesiapa ingin merasai sendiri khasiat dan keistimewaan Zaafaron atau Safron bolehlah dapatkan daripada kami pada harga yang berpatutan. Cuma RM10 untuk bancuhan sebanyak 20 mug air atau 10 botol air (500ml). Tambah RM5 untuk kos penghantaran. Namun jika anda membeli RM20, kami kecualikan kos penghantaran. Oh ya. Jika anda memesan Minyak Morhabshi, maka anda juga dikecualikan terus daripada membayar kos penghantaran tadi. Cara menggunakannya amat mudah. Campurkan antara tiga hingga 5 urat (helai) safron ke dalam segelas air dan biarkan ia larut sebelum diminum. Air tersebut akan bertukar warna menjadi keemasan. Itulah sebabnya salah satu kegunaan safron ialah sebagai pewarna nasi beryani. Selain diminum begitu sekaligus, anda juga boleh memasukkan lima hingga 10 urat ke dalam sebotol air 500ml dan diminum sedikit demi sedikit sepanjang hari. Anda boleh gunakan air panas, air suam, air sejuk, air tapisan, atau air mineral. Saya sendiri mengamalkannya bagi mengubati darah tinggi. Kali pertama saya mencuba (satu mug dicampur lebih kurang lima urat Safron) dan diminum sekaligus, terasa sakit kepala sedikit. Urat tengkuk seolah menegang. Oleh kerana saya memang mempunyai alat pengesan tekanan darah maka saya menggunakannya kira-kira dua jam selepas itu. Hasilnya, alhamdulillah. Bacaan tekanan darah saya 120/80. Apabila saya bangun pagi esoknya, terasa satu kelainan iaitu badan 'terasa ringan' dan segar - satu keadaan yang sudah lama tidak saya rasakan. Pada hari kedua saya meminumnya, masih terasa sedikit tindak balas sebagaimana yang saya ceritakan tadi. Namun saya rasakan semakin sihat dan segar. Seolah kesihatan saya sudah pulih seperti dulu. Selepas itu saya terus menggunakannya hingga kini dan tidak ada lagi sebarang tindak balas seperti tadi. Cuba lah. Lihat artikal berkaitan di sini.
Bacaan tambahan di sini.
Tonton video penghasilan Safron di sini.
Dapatkan maklumat tambahan mengenai minyak morhabshi di laman rasmi www.morhabshi.com

VVIP

Minyak Morhabshi kami diadun dengan lebih daripada 30 jenis herba tradisional tempatan.

TIADA SEBARANG DADAH, RACUN, ATAU BAHAN KIMIA

Kegunaan Morhabshi dalam kebudayaan Melayu

Meskipun ramai yang merasakan baru pertama kali mendengar nama Morhabshi, namun ia sebenarnya bukanlah asing dalam kebudayaan Melayu. Orang Melayu menggelarnya 'kemenyan bunian' kerana keampuhannya menghindari gangguan makhluk halus. Bahagian yang paling penting ialah getahnya yang digunakan untuk menghalau atau menghindari makhluk ghaib tersebut. Di Malaysia khasiat Morhabshi dipercayai lebih awal diamalkan dalam masyarakat lain seperti Arab, Cina dan India.

Morhabshi dalam Perubatan Tradisional

Dipercayai resin Morhabshi memasuki Tanah Melayu dan dalam kehidupan orang Melayu melalui pergaulan dan persemendaan dengan masyarakat Arab yang ketika itu menguasai istana dan golongan bangsawan.

Berdasarkan pengamatan dan ilmu yang dimiliki nenek moyang kita, Morhabshi dicampurkan bersama minyak-minyak tertentu seperti minyak kelapa, zaiton, lenga (bijan), serai serta herba-herba seperti keduduk putih, bayam batu, lemuni, raja kayu, hempedu bumi, cekur dan sebagainya dapat menyembuhkan pelbagai penyakit kulit seperti kayap, barah, kudis, gatal-gatal serta sakit gigi, cirit-birit dan sebagainya.

Campuran ini juga didapati berkesan menghentikan pendarahan luar (luka dan sebagainya).

Bagi yang kurang yakin dengan kehebatan nenek moyang kita, sila semak kembali perjalanan sejarah negara, terutama Empayar Melaka yang pernah menjadi pusat perdagangan, pusat penyebaran Islam, dan pusat perkembangan ilmu pengetahuan terhebat di zamannya.

Justeru adalah mustahil bangsa yang begitu hebat ketika itu tidak mempunyai teknologi perubatan mereka sendiri.

Popular Posts

Noor Azman Aminudin
Pengarah Urusan Morhabshi

PEJABAT URUSAN MORHABSHI

16B-1, JALAN PERMATA 14, TAMAN HARTA PERTAMA, BUKIT BARU SYESYEN 2, 75150 MELAKA.
0194402211 | 0194401944

cheguman@gmail.com; cheguman@yahoo.com; cheguman@live.com

Web rasmi: morhabshi.com
Web Agen jualan: morhabshi.biz

Blog: www.morha.info

Web iklan: www.iklanpercuma4all.com

Facebook: http://facebook.com/morhabshi

MORHABSHI adalah sebuah syarikat berdaftar: M0154229-W

Minyak MORHABSHI adalah produk berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia: NOT110703273K

MORHABSHI adalah jenama berdaftar di bawah Perbadanan Harta Intelek Malaysia. Sebarang peniruan, pemalsuan, atau penggunaan tanpa izin akan didakwa.

Pengkalan Blog Morhabshi