Saturday, February 25, 2012

lumpuh, santau dan mati pucuk angkara makhluk halus

Baru-baru ini saya menerima panggilan daripada Kak Saadiah (Perak). Setelah mengucapkan terima kasih kerana penghantaran minyak Morhabshi, beliau memberitahu ingin menceritakan satu pengalaman.

Kebetulan saya berada di rumah maka saya gunakan 'loud speaker' agar isteri saya boleh mendengar sama kesah menarik yang ingin diceritakannya.

Ibu beliau sudah 3 tahun diserang lumpuh dan tidak mampu berjalan. Maka disapunya minyak Morhabshi pada tempat berkenaan, terutama bahagian kaki.

Sebaik disapu, ibu beliau memberitahu bahawa dia berasa seram sejuk seperti ada sesuatu yang aneh pada dirinya. Seolah-olah ada benda lain turut berada di situ.

Malah Kak Saadiah dapat melihat bulu roma ibunya berdiri!

Namun Kak Saadiah menenangkan ibunya dan tekad untuk terus menyapu minyak ini sambil membaca ayat-ayat AlQuran.

Setelah disapu beberapa kali, alhamdulillah, ibunya boleh berdiri dan berjalan semula.

Cerita tersebut agak mengejutkan saya. Selama ini saya menyangka penyakit lumpuh tiada kaitan dengan makhluk halus.

Kebetulan pada hari berikutnya saya menerima pula panggilan dari saudara Irfan (stokis Sabah). Beliau menceritakan satu kes lain yang melibatkan pelanggannya.

Pelanggan yang juga rakannya itu membeli minyak Morhabshi tanpa memberitahu tujuan. Namun setelah beberapa hari, teman itu memberitahu bahawa dia sebenarnya mengalami masalah mati pucuk.

Setelah menggunakan minyak ini, dia mengalami peristiwa aneh yang sukar diceritakan. Dengan kata lain, ia berkaitan alam mistik.

Alhamdulillah, masalah teman tersebut juga telah selesai dengan izin Allah SWT.

Sementara itu saya juga menerima panggilan mengenai santau yang berjaya dirawat menggunakan minyak Morhabshi. Saya tidak pasti samada pemanggilnya juga Kak Saadiah tadi ataupn pelanggan lain.

Ia mengenai adik beliau yang pernah terkena santau. Oleh kerana saya tidak begitu mengingati kesah yang diceritakan itu secara detail, maka satakat itu sahajalah yang boleh saya catatkan.


Foto hiasan sahaja:
Fathurnet

2 Ulasan anda:

Anonymous said...

salam, datang dari blog suffer.frenzyfm. sudah menggunakan produk ini. baik untuk bayi yang mengalami perut kembung. terima kasih!

Cheguman said...

Alhamdulillah. T.ksh penulis komen di atas kerana perkongsian maklumat. Kebetulan bayi kami 1 thn 10 bulan cirit birit subuh tadi. Isteri saya sapukan perutnya dan sekarang sedang tidur. Jika berulang lagi kami.akan campurkan 2-3 titik ke dalam air suam dan beri dia minum. Berdasarkan pengalaman, insyaAllah dia akan sembuh.

Namun jika masih berulang saya akan membawanya ke hospital untuk pemeriksaan lanjut kerana bimbang ada masalah lain. Harap-harap ia cuma masalah ringan sahaja.

Pengumuman penting

Membuat pesanan/pembelian (SMS ke 0194401944)

Ya, 01944-01944. Amat mudah.

sila guna no Akaun:
cimb 0408-0009 1360 58 (MORHABSHI)
ATAU;
Maybank 1540 5329 0898 (Noor Azman Aminudin)


SMS kepada 01944-01944

Itu sahaja. Terima kasih.

Untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi terus saya di 0194402211.

Minyak Morhabshi adalah produk berdaftar di bawah Kementerian Kesihatan (KKM: NOT110703273K).

MORHABSHI adalah jenama berdaftar (trademark) dan dipermilik di bawah
Syarikat MORHABSHI (REG. MA0154229-W)

Pejabat urusan morhabshi
16B-1, JALAN PERMATA 14, TAMAN HARTA PERTAMA, BUKIT BARU SYESYEN 2, 75150 MELAKA, MALAYSIA

Kongsi pengalaman anda atau pelanggan yang menggunakan minyak morhabshi

Tempah sekarang 0194401944 tanpa deposit

Tempah sekarang 0194401944 tanpa deposit

khasiat Zafaron @ Safron

Sememangnya kami sentiasa menyimpan stok Zaafaron atau Safron dalam kuantiti yang agak banyak. Maklumlah, kami memang memerlukannya sentiasa bagi dicampurkan bersama bahan lain dalam ramuan minyak morhabshi. Membeli dalam kuantiti yang banyak memang menguntungkan kerana kami diberi harga yang lebih murah. Justeru, jika sesiapa ingin merasai sendiri khasiat dan keistimewaan Zaafaron atau Safron bolehlah dapatkan daripada kami pada harga yang berpatutan. Cuma RM10 untuk bancuhan sebanyak 20 mug air atau 10 botol air (500ml). Tambah RM5 untuk kos penghantaran. Namun jika anda membeli RM20, kami kecualikan kos penghantaran. Oh ya. Jika anda memesan Minyak Morhabshi, maka anda juga dikecualikan terus daripada membayar kos penghantaran tadi. Cara menggunakannya amat mudah. Campurkan antara tiga hingga 5 urat (helai) safron ke dalam segelas air dan biarkan ia larut sebelum diminum. Air tersebut akan bertukar warna menjadi keemasan. Itulah sebabnya salah satu kegunaan safron ialah sebagai pewarna nasi beryani. Selain diminum begitu sekaligus, anda juga boleh memasukkan lima hingga 10 urat ke dalam sebotol air 500ml dan diminum sedikit demi sedikit sepanjang hari. Anda boleh gunakan air panas, air suam, air sejuk, air tapisan, atau air mineral. Saya sendiri mengamalkannya bagi mengubati darah tinggi. Kali pertama saya mencuba (satu mug dicampur lebih kurang lima urat Safron) dan diminum sekaligus, terasa sakit kepala sedikit. Urat tengkuk seolah menegang. Oleh kerana saya memang mempunyai alat pengesan tekanan darah maka saya menggunakannya kira-kira dua jam selepas itu. Hasilnya, alhamdulillah. Bacaan tekanan darah saya 120/80. Apabila saya bangun pagi esoknya, terasa satu kelainan iaitu badan 'terasa ringan' dan segar - satu keadaan yang sudah lama tidak saya rasakan. Pada hari kedua saya meminumnya, masih terasa sedikit tindak balas sebagaimana yang saya ceritakan tadi. Namun saya rasakan semakin sihat dan segar. Seolah kesihatan saya sudah pulih seperti dulu. Selepas itu saya terus menggunakannya hingga kini dan tidak ada lagi sebarang tindak balas seperti tadi. Cuba lah. Lihat artikal berkaitan di sini.
Bacaan tambahan di sini.
Tonton video penghasilan Safron di sini.
Dapatkan maklumat tambahan mengenai minyak morhabshi di laman rasmi www.morhabshi.com

VVIP

Minyak Morhabshi kami diadun dengan lebih daripada 30 jenis herba tradisional tempatan.

TIADA SEBARANG DADAH, RACUN, ATAU BAHAN KIMIA

Kegunaan Morhabshi dalam kebudayaan Melayu

Meskipun ramai yang merasakan baru pertama kali mendengar nama Morhabshi, namun ia sebenarnya bukanlah asing dalam kebudayaan Melayu. Orang Melayu menggelarnya 'kemenyan bunian' kerana keampuhannya menghindari gangguan makhluk halus. Bahagian yang paling penting ialah getahnya yang digunakan untuk menghalau atau menghindari makhluk ghaib tersebut. Di Malaysia khasiat Morhabshi dipercayai lebih awal diamalkan dalam masyarakat lain seperti Arab, Cina dan India.

Morhabshi dalam Perubatan Tradisional

Dipercayai resin Morhabshi memasuki Tanah Melayu dan dalam kehidupan orang Melayu melalui pergaulan dan persemendaan dengan masyarakat Arab yang ketika itu menguasai istana dan golongan bangsawan.

Berdasarkan pengamatan dan ilmu yang dimiliki nenek moyang kita, Morhabshi dicampurkan bersama minyak-minyak tertentu seperti minyak kelapa, zaiton, lenga (bijan), serai serta herba-herba seperti keduduk putih, bayam batu, lemuni, raja kayu, hempedu bumi, cekur dan sebagainya dapat menyembuhkan pelbagai penyakit kulit seperti kayap, barah, kudis, gatal-gatal serta sakit gigi, cirit-birit dan sebagainya.

Campuran ini juga didapati berkesan menghentikan pendarahan luar (luka dan sebagainya).

Bagi yang kurang yakin dengan kehebatan nenek moyang kita, sila semak kembali perjalanan sejarah negara, terutama Empayar Melaka yang pernah menjadi pusat perdagangan, pusat penyebaran Islam, dan pusat perkembangan ilmu pengetahuan terhebat di zamannya.

Justeru adalah mustahil bangsa yang begitu hebat ketika itu tidak mempunyai teknologi perubatan mereka sendiri.

Popular Posts

Noor Azman Aminudin
Pengarah Urusan Morhabshi

PEJABAT URUSAN MORHABSHI

16B-1, JALAN PERMATA 14, TAMAN HARTA PERTAMA, BUKIT BARU SYESYEN 2, 75150 MELAKA.
0194402211 | 0194401944

cheguman@gmail.com; cheguman@yahoo.com; cheguman@live.com

Web rasmi: morhabshi.com
Web Agen jualan: morhabshi.biz

Blog: www.morha.info

Web iklan: www.iklanpercuma4all.com

Facebook: http://facebook.com/morhabshi

MORHABSHI adalah sebuah syarikat berdaftar: M0154229-W

Minyak MORHABSHI adalah produk berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia: NOT110703273K

MORHABSHI adalah jenama berdaftar di bawah Perbadanan Harta Intelek Malaysia. Sebarang peniruan, pemalsuan, atau penggunaan tanpa izin akan didakwa.

Pengkalan Blog Morhabshi