Percayakah anda bahawa minyak berharga 2-3 ringgit sebotol mampu menyembuhkan pelbagai penyakit termasuk strok, lumpuh, kena santau, kena sihir, barah, dan sebagainya?Saya sendiri pun tidak yakin pada mulanya.
Namun saya kekalkan senarai khasiat yang terdapat pada label botol minyak yang ditinggalkan datuk kami dan biarkan masa membuktikannya.
Sungguh tak disangka. Setelah hampir 10 tahun saya memasarkan minyak ini, banyak respon positif yang diterima. Antaranya boleh dibaca di web rasmi morhabshi.com
Banyak juga sms, panggilan telefon, dan pengakuan lisan yang saya terima menceritakan jasa minyak Morhabshi. Sebahagian daripadanya telah saya catatkan dalam blog ini.
Petang tadi saya bertemu encik Rosli di Kuala Lumpur. Kebetulan, apabila beliau membuat pesanan untuk kesekian kalinya, kebetulan pula saya perlu menghadiri satu mesyuarat di PWTC.
Beliau menceritakan beberapa kes yang dialami pelanggan dan keluarganya sendiri. Beliau mengaku walaupun tak minat berniaga sebelum ini namun berkongsi keistimewaan minyak morhabshi dengan kawan-kawan adalah pengalaman yang menyeronokkan.
Beliau yang juga seorang motivator bukan sahaja mencadangkan supaya dibuat promosi secara 'road show' ke seluruh negara malah menawarkan diri untuk membantu sebagai penceramah.
Alhamdulillah dan terima kasih.
Berbalik pada soal harga, ia adalah persepsi dan perbandingan. Kami boleh menjual pada harga RM50 sebotol tetapi implikasinya tidak ramai yang berani mencuba. Atau, kami jual pada harga seperti sekarang dan setiap bulan kami boleh menjual antara 5 hingga 10 ribu unit.
Kami juga boleh menggunakan saiz botol yang lebih besar pada harga RM30 sebotol namun kami memikirkan jika ia berada di dalam botol-botol kecil, anda boleh menjualnya dengan lebih mudah atau menjadikannya sebagai cenderahati kepada rakan dan saudara mara.
Impian saya ialah untuk meletakkan minyak morhabshi di dalam setiap rumah di Malaysia.
Insya-Allah.
0 Ulasan anda:
Post a Comment