Kelmarin saya menerima sepucuk lagi email daripada Team Flarebiz, iaitu sebuah syarikat yang diterajui sekumpulan anak muda yang aktif mengendalikan perniagaan berasaskan medium internet.Saya menemui mereka secara tidak sengaja beberapa tahun lalu dalam internet dan sejak itulah saya menerima email secara berkala daripada team tersebut. Maksudnya, setelah saya mengisi borang ringkas untuk bersetuju menerima email daripada mereka.
Tidak seperti email lain yang dihantar secara pukal, email-email percuma daripada Team Flarebiz terasa sayang pula untuk saya delate walaupun tidak semuanya saya baca. Hal ini kerana tips-tips yang diberikan agak menarik dan praktikal.
Dalam diam, banyak juga tips mereka yang saya manafaatkan dalam perniagaan Minyak Morhabshi kami.
Berbalik pada tajuk di atas, saya agak teruja dengan email yang diterima kelmarin. Ia seolah membawa satu fenomena baru dalam bidang pemasaran di internet. Ia bukan sahaja menarik malah lebih praktikal berbanding kaedah lain sebelum ini yang menjanjikan bulan dan bintang.
Itulah konsep 'dropship' yang sebenarnya bukanlah baru. Cuma barangkali saya sahaja yang terlambat menemui istilah tersebut.
Apabila saya meneliti cara-tindak konsep tersebut, tiba-tiba saya tersedar bahawa inilah sistem yang sedang saya lakukan dalam perniagaan saya sekarang. Ya, tanpa saya sedar selama ini saya menjalankan perniagaan menggunakan konsep dropship.
Sebenarnya-lah, saya tidak membeli dan menyimpan stok Minyak Morhabshi di rumah saya kecuali untuk dijual pada saudara mara, jiran, rakan sekerja, dan beberapa orang pelanggan lama di Melaka. Biasanya mereka datang ke rumah untuk membeli.
Stok yang ada di rumah saya sekadar menampung tidak sampai 5% daripada jualan bulanan saya.
Stok sebenar untuk jualan di internet sentiasa berada di rumah ibu saya di Sabak Bernam Selangor. Beliau-lah sebenarnya pengeluar Minyak Morhabshi manakala saya adalah seperti anda juga: melakukan aktiviti pemasaran.
Berbeza dengan cara konversatif, saya tidak pun menyimpan stok untuk jualan. Malah, peganng produk pun tidak.
Saya bermula dengan menyediakan sebuah web dan sebuah blog yang ringkas sahaja. Untuk itu, saya membeli skrip PHP daripada seorang webmaster di Indonesia tidak sampai RM200. Dengan pengetahuan yang sangat minimum, saya mengeditnya menjadi seperti yang anda lihat sekarang di www.morhabshi.com.
Dari situ saya mula membuat promosi secara sambilan di celah-celah kesibukan harian. Sebenarnya saya mempunyai banyak komitmen selain tugas sebagai guru. Saya sering dijemput mengendalikan kursus di seluruh negara disamping sesekali dijemput berceramah di sekitar Melaka. Saya agak aktif dengan NGO.
Rasanya, kerja promosi Minyak Morhabshi tidak sampai pun 25% yang telah saya lakukan. Mujur kebanyakan pembeli Minyak Morhabshi adalah pelanggan tetap dan saya menerima pembelian ulangan yang tinggi. Alhamdulillah.
Apabila ada bakal pembeli yang berminat, mereka mempunyai dua pilihan iaitu membuat pesanan dengan mengisi borang ringkas di www.morhabshi.com atau pun menghantar sms mengandungi nama, alamat, dan jumlah yang diperlukan.
Sebaik menerima pesanan tersebut, saya membalasnya melalui sms memberitahu bahawa pesanan sudah diterima. Itu sahaja.
Selepas itu, saya menghantar pesanan tersebut kepada adik saya (melalu sms juga) yang tinggal di Sungai Besar Selangor. Beliau-lah yang membungkus dan menghantar produk menggunakan perkhidmatan Poslaju atau Skynet.
Mengenai cara pembayaran, saya memberi pilihan kepada pembeli samada mahu membayar terlebih dahulu atau menunggu sehingga produk diterima. Bagi saya, jika kita tidak mahu mempercayai orang lain, bagaimana orang lain bersedia mempercayai kita?
Dalam hal ini kita-lah yang perlu mulakan.
Seperkara lagi, saya rasa dalam mencari kesembuhan sudah tentu orang tidak akan menipu. Jika dia tidak bayar ertinya dia memang tidak mampu. Dalam berubat, keberkatan amat penting. Membantu orang yang kesusahan juga tidak kurang pentingnya.
Melalui pengalaman saya selama lebih lima tahun dalam bidang ini, tidak sampai 5% pembeli yang tidak membuat bayaran. Cuma, ada juga yang terlupa. Dalam hal ini terpaksalah kita mengirimkan sms peringatan secara berhemah agar pelanggan tidak tersinggung.
Untuk bukti pembayaran pula amat mudah. Pelanggan saya cuma perlu menghantar satu sms menyatakan sudah membuat bayaran dan menyebut nama bank. Ada juga yang mengirimkan bukti terperinci. Namun, berbalik pada pengalaman saya, rasanya belum ada yang menipu dalam pembelian runcit.
Oh ya. Dalam internet memang ada penipu tetapi menipu beberapa botol minyak penawar bukanlah cara mereka. Itulah sebabnya, bagi pembelian dalam jumlah yang besar, saya akan meminta deposit. Berhati-hatilah. Jangan percaya pada urusniaga yang mengenakan prosedur yang bukan-bukan.
Jika pembayaran dilakukan secara on-line, kita dapat mengesan maklumat orang yang membuat pembayaran tersebut. Namun jika ia dilakukan menggunakan mesin ATM, hanya angka sahaja yang tertera tanpa diketahui siapa yang memasukkannya.
Saya cadangkan pihak bank perlu menambah fungsi yang membenarkan penerima mengetahui orang yang memasukkan wang ke akaunnya. Jadikan ia satu pilihan.
Walaupun saya telah menulis panjang berjela tadi namun perkara asas yang berlaku dalam perniagaan dropship sangat ringkas.
Anda cuma buat PROMOSI, TERIMA pesanan dan terus FORWARD kepada pihak pengeluar. Pembeli akan menerima produk tersebut tanpa menyedari bahawa dia sebenarnya tidak berurusan dengan pihak pengeluar. Sampai satu peringkat nanti jika anda memberi perkhidmatan terbaik, mereka pun tidak peduli lagi siapakah pengeluar sebenar.
Mengenai bayaran pula, anda terima bayaran daripada pembeli dan bayar harga kos kepada syarikat pengeluar. Selesai.
Jika anda biarkan bakinya di dalam akaun bank anda maka lihatlah bagaimana ia bertambah dari semasa ke semasa secara automatik!
Itulah yang saya lakukan sejak dua tahun yang lalu dan untung bersih yang saya perolehi setiap bulan lebih sekali ganda daripada gaji DG41 saya sebagai guru berijazah.
Dua tahun? Ya. Hampir dua tahun saya menjalankan perniagaan menggunakan sistem dropship. Sebelum itu selama bertahun-tahun saya melakukan sendiri semua proses, kecuali membuat Minyak Morhabshi. Maksud saya, sebelum itu saya menggunakan kaedah lain termasuk affeliate.
Ketika itu saya membeli secara pukal daripada ibu saya, memasukkan ke dalam botol, menampal label, membungkus, dan mengepos kepada para pembeli. Semuanya saya lakukan sendiri. Kadang-kadang dibantu isteri, dan anak-anak yang berumur 5 & 8 tahun yang ikut menyibuk.
Malah di peringkat awal saya membuat sendiri kotak untuk Minyak Morhabshi. Itulah sebabnya anak-anak saya gemar dan mahir membuat kotak hingga sekarang.
Kini saya bersyukur kerana tugas pemasaran saya menjadi lebih mudah. Saya tidak perlu lagi membuka web admin untuk menyemak order terbaru pelanggan dan menghantar pesanan tersebut kepada pengeluar. Malah saya juga tidak perlu lagi forward order daripada pelanggan yang saya terima melalui sms.
Hampir semuanya sekarang dilakukan oleh kakitangan saya.
Melalui alat komunikasi android yang saya guna ini, banyak perkara dilakukan secara automatik. Semua pesanan yang dihantar samada menggunakan borang khas di www.morhabshi.com ataupun melalui sms ke handphone saya (0194402211) akan di ambil oleh pembantu saya iaitu seorang lagi adik saya yang tinggal di kampung.
Itulah kelebihan teknologi. Melalui kombinasi handphone dan Gmail, pembantu saya boleh menyemak dan mengambil pesanan yang diterima oleh handphone saya. Beliau juga menguruskan akaun syarikat yang melibatkan pelbagai data dan rekod menggunakan Gmail. Saya boleh memantau kerja beliau bila-bila masa dan membetulkannya serta merta secara online.
Dengan kata lain, saya telah mewujudkan sebuah ofis maya bagi menguruskan perniagaan ini.
Tugas saya sekarang ialah membalas sms atau email pelanggan sahaja. Sesekali saya menerima panggilan telefon daripada pelanggan atau bakal pelanggan yang ingin kepastian terhadap sesuatu perkara. Urusan ini saya tidak lepaskan kepada orang lain kerana saya ingin memastikan setiap orang yang berhubungan dengan Morhabshi menerima layanan terbaik dan mesra.
Kenapa saya berkongsi pengalaman ini dengan anda?
Ya. Saya mahu anda tahu bahawa tiada yang aneh dan sukar dalam perniagaan dropship. Ia hanyalah proses biasa tetapi menghasilkan pendapatan yang agak luar biasa. Yang penting, ia sangat praktikal.
Cuba fikirkan sekarang, bagaimana anda boleh bertindak melalui perniagaan dropship ini?
Pertama, apakah produk yang anda ingin jual? Anda boleh gunakan Minyak Morhabshi. Produk ini sudah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan. Anda boleh guna jenama sendiri, malah boleh ubah pembungkusannya, atau kekal dengan bentuk sekarang. Pihak Morhabshi mempunyai tenaga yang cekap bagi memastikan setiap pesanan dapat tiba pada pelanggan dalam tempoh 1-3 hari.
Kedua, anda perlu mempunyai web sendiri. Jangan menumpang web percuma. Ia sangat penting kerana ini adalah imej syarikat anda dan melibatkan kepercayaan orang ramai. Isi kandungan web tersebut boleh diambil daripada www.morhabshi.com dan http://morhabshi.bogspot.com. Terdapat banyak testimonial pengguna yang boleh anda gunakan, boleh diambil dari situ. Terdapat juga testimonial dalam bentuk video. InsyaAllah kami akan tambah lagi nanti.
Ketiga, fikirkan bagaimana untuk membuat promosi di internet. Anda boleh dapatkan ilmu ini daripada pelbagai sumber termasuk bertanya kepada Team Flarebiz. Bukan nak promote team tersebut tetapi kebetulan hanya itu konsultan yang saya tahu selain Irfan Khairi.
Saya percaya anda boleh menjana jualan lebih banyak daripada saya kerana beberapa sebab;
Ketika saya bermula dulu hampir tiada siapa yang kenal Minyak Morhabshi dan khasiatnya. Malah namanya yang pelik itu langsung tiada nilai komersial ketika itu. Percayakah anda bahawa pada peringkat awal saya membungkusnya dengan kertas surar khabar dan dibalut kertas minyak untuk dipos. Anda jangan buat begitu.
Saya menggunakan label yang dibuat sendiri dan difotostat. Kertas itu dilekat pada botol menggunakan gam anak saya. Pernah sekali, produk saya dipulangkan kerana penerimanya tidak ditemui. Ketika saya membuka bungkusan itu barulah saya sedar betapa hodohnya produk saya itu.
Pada peringkat awal juga tiada testimonial yang ditulis atau dirakam oleh pelanggan. Saya terpaksa menceritakan pengalaman saudara mara dan rakan yang pernah menggunakan Minyak Morhabshi.
Untuk menambah keyakinan bakal pembeli, saya berjanji bahawa mereka dibenarkan membuat bayaran selepas minyak ini berhasil mengubati masalah mereka. Jika tidak, mereka tidak perlu membayarnya langsung dan tidak perlu memulangkannya kepada saya.
Alhamdulillah setakat ini belum ada yang mengatakan Minyak Morhabshi tidak membawa manafaat kepada mereka. Hal ini kerana jikapun ia tidak menyembuhkan penyakit yang diadu, ia tetap bermanaat untuk penyakit lain di waktu lain pula. Itulah kelebihan Minyak Morhabshi sebagai minyak serbaguna.
Kini Minyak Morhabshi sudah memperolehi sijil kelulusan daripada Kementerian Kesihatan. Pembungkusannya pun semakin kemas dan kelihatan profesional. InsyaAllah anda tidak akan malu menjual produk ini.
Sebagai sokongan, kami akan mempromosikan Minyak Morhabshi dengan lebih giat lagi melalui pelbagai media dan tidak hanya di internet sahaja. Dari segi penghantaran, kami menjalin hubungan baik dengan pihak Poslaju dan Skynet.
0 Ulasan anda:
Post a Comment