Minyak Morhabshi mula dipromosi melalui internet pada tahun 1999 menggunakan site Yahoo Geocities http://www.geocities.com/panduannet (tidak perlu klik sebab sudah tiada lagi).
Sememangnya ia bukan satu usaha serius memandangkan pelbagai kekangan dan kekurangan pada masa itu terutama peratus akses internet ke rumah persendirian dan kadar celik komputer yang masih rendah.
Minyak Morhabshi kemudiannya memasuki Fasa kedua dengan pelancaran niagaku.com menggunakan sistem affiliate yang sedang digilai pengguna internet ketika itu. Kelicinan sistem pos dan kemudahan pembayaran secara online dengan segera menyemarakkan jualan Minyak Morhabshi.
Seterusnya Minyak Morhabshi memasuki Fasa ketiga dengan pelancaran www.morhabshi.com yang sudah diupgrade kali kedua dan diuruskan secara lebih profesional.
Diam tak diam sudah lebih dua tahun morhabshi.com bergerak. Daripada seorang diri, kini saya sudah mempunyai pasukan sendiri dengan pengkhususan masing-masing.
Oleh kerana Minyak Morhabshi bermula dengan ‘jualan suka-suka’ maka pendapatan daripadanya pun ‘suka-suka’ sahaja. Meskipun jualan Minyak Morhabshi sudah melebihi 5000 unit sebulan namun bayaran yang diterima daripada jualan sekadar membolehkan kami mengeluarkan semula Minyak Morhabshi untuk jualan semasa sahaja.
Kami terpaksa berjimat dan menggunkan apa sahaja sumber murah ataupun percuma bagi memastikan pengedaran dapat diteruskan. Promosi berbayar hampir tiada!
Saya tidak fikir kami rugi, tetapi sebagai pengusaha, pendapatan yang diperolehi sekarang tidak memadai untuk kami mengembangkan lagi perniagaan dengan lebih profesional.
Hal ini penting dalam konsep ‘win-win situation’ kerana impak akhirnya akan tiba kepada pengguna juga.
Namun saya tetap tidak menganggap ini satu kerugian bahkan saya bersyukur kerana apabila Minyak Morhabshi memasuki Fasa keempat (beberapa minggu lagi) dan memasuki pasaran terbuka (premis, pasaraya, farmasi dan sebagainya), Minyak Morhabshi sudah mempunyai taburan pengguna yang meluas.
Selama ini, para pengguna Morhabshi lah duta utama produk warisan ini. Khasiat Minyak Morhabshi beredar dan berlegar daripada blog ke blog, dari FB ke FB, dan dari mulut ke mulut.
Justeru saya mengambil kesimpulan bahawa tempoh dua tahun yang berlalu ini adalah fasa promosi.
Sebagaimana yang diuwar-uwarkan tadi, kini Minyak Morhabshi dalam fasa baru. Boleh juga dikatakan dalam proses ‘rebranding’ dan ‘repackaging’.
Minyak Morhabshi kini dikenali sebagai Morhabshi sahaja. Ia sudah didaftarkan sebagi sebuah syarikat, sedang melalui proses akhir 'Trademark', dan telah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Bukan itu sahaja, Morhabshi kini dibungkus di kilang bertaraf GMP. Bak kata adik saya seorang jurutera, sesebuah kilang yang memiliki status GMP, jika seekor lalat hinggap pun mesin akan tertutup sendiri.
Insya-Allah, kami berusaha menyediakan yang terbaik untuk kita semua.
0 Ulasan anda:
Post a Comment