Apakah program agama di masjid berhampiran kawasan anda pada malam esok?
Bilakah sambutan Maal Hijrah akan diadakan di kawasan anda?
Siapakah ustaz yang akan menyampaikan tazkirah di masjid berhampiran pada malam Jumaat nanti?
Jika anda dapat menjawab semua soalan di atas, anda memang hebat. Namun ramai di kalangan kita yang terlalu sibuk sehinggakan bukan sahaja tidak dapat hadir malah tidak tahu langsung tentang program keagamaan di kawasan sendiri.
Saya sendiri pun apa kurangnya? Kesibukan yang tidak pernah selesai sering menyebabkan kita terlupa tentang jadual program di masjid berhampiran.
Tidak lama dahulu saya agak sering juga ke masjid Pengkalan Rama Melaka bagi mengikuti pengajaran Sheikh Fuad Al Maliki di situ.
Namun sekarang sudah agak lama juga saya tidak ke sana. Bukan lah sebab tempat itu jauh tetapi kerana terputus maklumat berkenaan program mingguan tersebut.
Dulu, ada seorang sahabat saya (Tuan Zulkifli-Pengurus Felda Hutan Percha) yang selalu mengingatkan saya tentang program tersebut melalui SMS. Sekarang beliau sudah berpindah ke Kedah iaitu negeri asal beliau.
Selain itu, sesekali ada juga Ustaz Mustafa yang menganjurkan program tersebut menghantar SMS jika terdapat perubahan jadual. Namun sekarang sudah tiada lagi.
Alasan, alasan, alasan! kita memang bijak mencipta alasan.
Walaupun itu semua hanyalah alasan semata-mata, namun membuatkan saya terfikir mungkin kita patut menggunakan SMS untuk tujuan dakwah sesama Muslim.
Kami di Morhabshi memang menggunakan sistem SMS kepada pelanggan. Syarikat Morhabshi memang mempunyai peruntukan khas untuk itu.
Bagaimana dengan pihak masjid? Mahukah pihak masjid menyediakan peruntukan khas untuk memberitahu semua penduduk setempat mengenai program yang akan dijalankan?
Justeru saya berfikir bahawa ada baiknya pihak swasta membantu pihak masjid dalam hal ini. Dengan lebih tepat lagi, saya yang memiliki syarikat Morhabshi harus memulakannya dengan peruntukan kami sendiri.
Mari kita kurangkan peluang untuk mencipta alasan tidak dapat ke masjid!
Insya-Allah. Kami sedang mengusahakannya. Malah pihak Morhabshi sudah menugaskan pengurus kami iaitu Encik Khuzaimi bagi melaksanakan program ini. Khuzaimi adalah seorang lagi cucu Ustaz Hamid, pengasas Minyak Morhabshi.
Sebagai sebuah syarikat, sudah tentu program ini akan memberi situasi 'menang-menang' pada kedua-dua pihak. Namun oleh kerana syarikat Morhabshi ini kepunyaan orang Islam maka kami kongsi semula semua faedah daripada program ini bersama ummat Islam.

Program ini amat mudah. Pihak masjid yang berminat boleh menghubungi kami dan berbincang mengenainya. Semua kos akan ditanggung oleh pihak Morhabshi. Pihak masjid hanya perlu memaklumkan kepada kami maklumat sesuatu program yang akan dijalankan.
Seterusnya Morhabshi akan menyebarkan maklumat tersebut kepada para penduduk di kawasan yang terlibat melalui SMS, terus ke handphone mereka.
Seterusnya Morhabshi akan menyebarkan maklumat tersebut kepada para penduduk di kawasan yang terlibat melalui SMS, terus ke handphone mereka.
Kami mengalu-alukan kerjasama anda bagi menjayakan program ini. Mungkin kita boleh laksanakan program ini di masjid berhampiran rumah anda.
0 Ulasan anda:
Post a Comment