
Minggu lepas saya singgah di kedai seorang kenalan. Bukan kedai biasa sebaliknya sebuah kedai yang menjual pelbagai produk kesihatan berasaskan herba.
Istilah sekarang ialah perubatan alternatif.
Tujuan saya singgah ialah bagi menunjukkan pek baru Minyak Morhabshi yang kini sudah didaftar di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Hampir satu jam saya di situ. Kami berbual tentang pemasaran produk herba. Sempat juga saya melihat-lihat deretan produk pelbagai jenama yang terdapat di kedai itu.
Saya membanding-bandingkan harga. Antaranya ialah minyak Yuyi yang begitu terkenal. Saya lihat botol kecil 10ml dijual pada harga RM5 manakala botol bersaiz 48ml dijual pada harga RM18.
Serta merta saya teringat pada Minyak Morhabshi yang dijual pada harga RM12.50 untuk botol bersaiz 30ml dan RM35 untuk botol bersaiz 115ml.
Ertinya, sebotol minyak Yuyi berharga RM15 jika 30ml dan lebih RM45 jika bersaiz 115ml.
Kesimpulannya, Minyak Morhabshi jauh lebih murah daripada minyak tersebut.
Saya bertanya kepada pemilik premis tersebut, bagaimanakah produk-produk itu boleh sampai di kedainya?
Menurut beliau, ada van yang membawanya.
Siapa? Adakah pihak pengeluar?
Tidak. Ada syarikat pemborong.
Maka saya minta nombor telefon para pemborong tersebut. Agak terperanjat juga saya apabila mendapati hampir semua nama pemborong yang diberi adalah bukan Melayu.
"Tiada pemborong Melayu ke?" tanya saya.
Nampaknya hampir semua aktiviti ekonomi dikuasai orang bukan Melayu. Walaupun majoriti pengeluar dan peruncit produk herba adalah orang Islam tetapi pemain utama di pasaran dimonopoli kaum 'Cha Ya Nun Alif'.
Akhirnya saya keluar dari kedai itu tanpa dapat menjual walau sebotol. Pemilik premis berbangsa Melayu itu hanya mampu memberikan beberapa nombor telefon pemborong dengan amaran keras tetapi nada suara yang lembut: "Jangan beritahu Mr Lim saya bagi nombor telefon ini pada abang!"
Terkejut saya. Kenapa tindakan memberikan nombor telefon pemborong kepada orang lain menjadi satu kesalahan? Kenapa tak boleh? Berkali-kali saya tanyakan namun jawapan yang diberi tidak saya fahami.
Akhirnya saya buat satu keputusan. Pasaran runcit konvensional bukan medan orang Melayu. Semua ruang sudah tertutup kejap. Rangkaian pemborong yang sedia ada begitu kukuh untuk ditembusi.
Setiap produk herba yang mahu memasuki pasaran MESTI melalui pemborong. Mereka mempunyai satu set peraturan yang ketat. Jika enggan, produk yang kita keluarkan akan terperuk dan berkulat di dalam gudang.
Itulah sebabnya kenapa pembeli terpaksa membayar harga yang mahal untuk mendapatkan produk herba!
Gejala ORANG TENGAH masih membelengu kita.
Keputusan saya selaku Pengarah Urusan Morhabshi ialah Minyak Morhabshi dan semua produk yang akan dikeluarkan Morhabshi tidak akan mengharapkan ehsan jualan di premis perniagaan konvensional. Morhabshi tidak akan menggunakan 'perkhidmatan' pemborong sebagai orang tengah.
Jika produk Morhabshi perlu dijual di kedai, maka kami akan melakukannya sendiri. Kami tidak akan melalui pemborong.
Jika peruncit dan pemilik premis herba tidak berani menjual produk kami, tidak mengapa. Kami akan jual terus kepada agen dan pengguna.
Insya-Allah, teknologi canggih yang ada hari ini akan kita gunakan sepenuhnya. INTERNET.
Pertama; Minyak Morhabshi akan dijual terus kepada pelanggan. Ada dua kategori pelanggan iaitu pelanggan pasif dan pelanggan aktif.
Pelanggan pasif ialah pembeli yang membeli Minyak Morhabshi terus daripada kami untuk kegunaan sendiri.
Pelanggan aktif pula merujuk pada pembeli yang membeli, mengguna, dan menjual secara kecil-kecilan kepada saudara-mara, jiran, rakan sekerja dan sebagainya.
Semua pelanggan ditawarkan harga berdasarkan jumlah pembelian. Semakin banyak kuantiti yang dipesan, semakin rendah harga yang dibayar. Dengan itu, pelanggan aktif akan memperolehi keuntungan daripada jualan runcit yang mereka lakukan.
Kedua, untuk urusan pembelian daripada pengeluar, kami menyediakan dua kaedah yang amat mudah iaitu:
1. sistem online di www.store.morhabshi.biz Di situ, pelanggan atau agen hanya perlu mendaftar untuk kali pertama sahaja. Sistem.yang digunakan adalah standard sebagaimana sistem pembelian online antarabangsa (global sistem)
2. pesanan melalui SMS daripada handphone sendiri Hantar SMS ke 0194401944 (ingat: 0-1944-0-1944). Untuk kali pertama, nyatakan nama, alamat & bilangan. Untuk pesanan seterusnya, anda hanya perlu sms jumlah belian sahaja.
Justeru jika anda her minat untuk mencuba produk yang dimulakan Ustaz Dr(Hj) Abd Hamid Maahad Derang Kedah ini boleh lah SMS Ke 0194401944 sekarang.
Untuk makluman minyak morhabshi ini sudah dijual dan digunakan lebih 50 tahun.

Kami mengalu-alukan kerjasama anda bagi menjayakan program ini.