
Kembung? tidak semestinya.
Ibu bapa yang berpengalaman membesarkan anak-anak tentu sedar bahawa ada banyak sebab bayi menangis.
Selain lapar, bayi mungkin menangis kerana tidak selesa. Kadang-kadang pernafasannya terganggu atau lebih teruk lagi mengalami gejala awal asma.
Mungkin ramai yang tidak sedar bahawa bayi juga mengalami lenguh.
Selain itu bayi tersebut mungkin kegatalan. Cuba lihat kalau-kalau ada bintik ruam atau kulit nampak kemerahan.
Selain kuman, bayi mungkin digigit nyamuk atau serangga.
Awas, terdapat serangga bisa seperti lebah, tebuan, penyengat, bahkan juga mempesan yang dikatakan boleh membawa maut.
Minyak herba morhabshi pernah menyelamat seorang remaja di Felda Hutan Percha Melaka yang disengat mempesan dan seorang wanita di Sarawak yang digigit cicak tokek!
Selain itu haiwan merayap seperti semut api, lipan, dan kala jengking juga boleh muncul dan menyerang tanpa disangka.
Apatah lagi jika anda sekeluarga pulang ke kampung.
Adakah bayi anda pernah menangis waktu senja atau di tengah malam tanpa diketahui puncanya? Adakah ketika itu anda dan keluarga baru pulang dari suatu tempat? atau, adakah sesiapa yang baru masuk ke dalam rumah waktu itu?
Kata orang tua-tua, bayi mampu melihat benda yang kita tidak nampak. Lagipun bayi memang lemah semangat.
Jika demikian ubat apakah yang perlu kita simpan sentiasa di rumah atau di dalam kereta?
Ubat untuk kembung
Ubat untuk senak
Ubat untuk lenguh
Ubat untuk gatal
Ubat untuk antiseptik
Ubat untuk gigitan serangga
Ubat untuk sengatan haiwan bisa
Ubat untuk elak gangguan makhluk halus
Ubat untuk sesak nafas
Ubat untuk sakit kulit
Ubat untuk sakit yang kita tak pasti
Justeru apabila anak anda tiba-tiba menangis maka dia mungkin kembung dan mungkin juga ada masalah lain.
Jika anda bukan doktor maka eloklah anda bersedia dengan sesuatu yang anda boleh gunakan tanpa perlu menentukan jenis penyakitnya.
Pengalaman kami membesarkan anak-anak, kami gunakan Minyak Morhashi sejak mereka lahir. Setiap kali lepas mandikan, kami sapukan tapak kaki, betis, lengan, dan perut bagi mengelak masuk angin.
Kami sapukan pada dada dan belakang bayi bagi menghindar atau mengurangkan batuk atau lelah.
Kami juga calitkan pada kening, cuping telinga, tempat sulit, dan sendi-sendi bayi kami.
Jangan bimbang. Minyak morhabshi bukan minyak panas. Ia tidak mengandungi sebarang kimia bahkan tidak pun menggunakan methanol.
Justeru ia selamat untuk jangka pendek dan jangka panjang.
Selain dibacakan ayat suci Al-Quran, Minyak Morhabshi juga mengandungi bahan yang ditakuti makhluk jahat seperti resin morhabshi (Myrrh) dan Raja Kayu.
Oh ya. Oleh kerana minyak Morhabshi bagus untuk luka maka kami gunakan untuk pusat bayi kami.
Minyak ini juga telah menghilangkan sisik-sisik pada betis anak kedua kami yang mengidapnya sejak lahir.
posted from Bloggeroid
0 Ulasan anda:
Post a Comment