Wednesday, February 29, 2012

ubat sakit gigi



Minggu lepas, seorang murid saya datang ke sekolah dengan pipi yang bengkak. Sebelum sempat saya menyangka kanak-kanak itu telah menjadi mangsa dera, ibunya memberitahu bahawa kanak-kanak itu sakit gigi.

Maka saya segera mengambil Minyak Morhabshi dan menyuruh ibunya memasukkan ke dalam lubang gigi kanak-kanak itu menggunakan cebisan tisu.

Keesokan harinya, ibu kanak-kanak itu menemui saya menyatakan gigi anaknya telah sembuh. Sebenarnya saya sudah tahu sebab kanak-kanak itu hadir kelas pagi itu dan saya sudah menanya perihal giginya.

Memangpun, tujuan ibu kanak-kanak itu menemui saya ialah untuk memberitahu bahawa ayahnya (datuk kanak-kanakk itu) tertarik denngan Minyak Morhabshi dan ingin menjual di kedainya (di Melaka Sentral).

Beberapa hari kemudian saya menemui datuk kanak-kanak itu di gerainya di Melaka Sentral. Satu soalan yang saya pening nak jawab: “apa kegunaan utama Minyak Morhabshi?

“Serbaguna. Hampir semua penyakit boleh kasi ubat,” kata saya.

Namun lelaki itu kurang puas hati. Beliau mahukan satu ubat khusus agar mudah beliau beritahu pada pelanggannya.

“Hmm… betul jugak katanya,” fikir saya. Kepala otak saya ligat berfikir namun terus buntu.

Petang tadi, saya ke kedai runcit yang turut menjual Minyak Morhabshi.

“Wah, cikgu. Minyak Morhabshi ni memang mujarab untuk sakit gigi. Semalam pelanggan saya mencubanya dan pagi tadi dia beritahu bahawa sakit giginya dah sembuh.

Alhamdulillah. Nampaknya saya dah dapat jawapan sementara untuk Minyak Morhabshi. Ya, kita akan beritahu semua orang bahawa ini adalah ubat sakit gigi!!! YES!!!

Mari… mari beli… ubat sakit gigi. Bukan ubat gigi, tapi ubat untuk pesakit gigi.

Jangan tunggu sakit baru nak beli… he he he..

Foto hiasan:
60681 1 jpg isabelperez.com

Tuesday, February 28, 2012

penawar Kayap



Kayap; kata orang boleh mengundang maut. Ada 44 jenis kayap seperti kayap ular, kayap air dll. (Foto sekadar hiasan)







Alhamdulillah, minggu pertama puasa dapat juga kami mencari masa untuk pulang ke kampung. Kebetulan, semua adik-adik turut pulang serentak termasuk yang sudah berkeluarga. Meriahlah dua hari tersebut berbuka bersama-sama.

Antara perbualan yang timbul antara kami sudah tentulah mengenai perkembangan jualan minyak morhabshi yang kami keluarkan. Rupa-rupanya adik saya juga banyak menerima penghargaan daripada para pengguna minyak herba warisan ini atas pelbagai penyakit.

Tiba-tiba ibu saya memberitahu bahawa dia telah dihinggapi sejenis kayap di mukanya baru-baru ini. Alhamdulillah, setelah 3 hari menggunakan minyak morhabshi, kayap itupun sembuh.

Adik saya turut menceritakan beberapa kes kayap yang dihidapi oleh pengguna yang ditemuinya atau yang berhubungan dengannya. Alhamdulillah, berdasarkan kes-kes tersebut minyak morhabshi berkesan menyembuhkan kayap.

Balik ke Melaka, saya ada tugas lain. Nampaknya stok botol sebanyak 10 ribu yang dibeli 2-3 bulan lalu sudah hampir habis. Sementara itu stiker juga perlu ditempah lagi dan kami mengambil keputusan untuk mengekalkan harga jualan runcit walaupun terdapat permintaan untuk menaikkan harga oleh beberapa agen.

Rasional kami ialah mendapat keuntungan pada jualan yang banyak dan biarlah setiap keluarga mampu membelinya.

Dalam pada itu kami faham bahawa di beberapa tempat seperti di Kelantan, Pahang, Sabah, dan Sarawak para agen kami menghadapi masalah pertambahan kos kerana jarak yang jauh. Justeru kami harap para pengguna di situ sedia membayar pada harga yang ditetapkan oleh agen kami. Tanpa mereka, minyak morhabshi tidak akan sampai ke tangan anda.

Apapun, harga borong melalui pesanan web/SMS tetap kekal antara RM2 hingga RM3 sebotol berdasarkan kuantiti.

Sebenarnya kesembuhan itu datangnya daripada Allah SWT dan kita diberi peluang mendapat faedah dan hikmat daripadanya.

Selamat berpuasa.

Bagi yang belum mengetahui khasiat minyak morhabshi dan cara mendapatkannya, boleh layari web rasmi kami. Sebagai agen, keuntungan runcit sehingga 100%. Bukan MLM.

foto sekadar hiasan:
kena jangkitan kayap atau
299 × 275 - 22k - jpg
fiq-life.blogspot.com

melihat makhluk halus


Berikut adalah sms yang saya terima daripada seorang pengguna di Singapura pagi tadi. Sebenarnya saya yang bertanya sebelum itu kerana ingin tahu kenapa beliau kerap membeli minyak morhabshi.

Berikut adalah SMS beliau yang saya salin terus tampa sebarang ubah suai:

"Salam Tuan. Tolong rahsiakan nama. Terima kasih. 1. Luka2, parut2 hilang. Gigitan binatang pun mujarab. 2. Lebam2 di peha atau di mana2 macam orang kata di gigit hantu, hilang sekali sapu, Masyallah. 3. Siapa2 yg mata terbuka boleh lihat makhluk halus dan takut2 bila di sapu minyak di tengkok, terus tak boleh nampak lagi. Semua dgn izin Allah. Saya hanya pengguna biasa , minyak di beri sebagai hadiah kepada saudara mara dan sahabat. Semuga Allah berkati usaha arwah datuk saudara dan diri saudara sekeluarga. Alfateha."

Saya ucapkan berbanyak terima kasih atas kiriman sms di atas. Semoga ia dapat membantu orang lain yang menhadapi masalah yang hampir sama.

Berbalik pada tajuk di atas (bersesuaian dengan msg tadi), saya sendiri tidak pernah melihat makhluk halus dan tidak berhajat untuk melihatnya.

Namun saya pernah menemui dua orang remaja yang secara semula jadi boleh melihat makhluk halus. Salah seorang daripadanya ialah sepupu perempuan saya sendiri.

Seorang lagi ialah peserta kursus saya di Pulau Pinang yang menceritakan dia telah demam seminggu ketika kali pertama melihat rupa hantu. Namun lama kelamaan ia menjadi perkara biasa baginya.

Saya mengambil kesempatan dalam kursus tersebut untuk menguji keampuhan minyak morhabshi bersama teman-teman (termasuk golongan profesional).

Kaedah yang kami gunakan amat mudah. Kami melakukannya kira-kira pukul 12 malam.

Remaja tersebut menunjukkan sebatang pokok yang dilihatnya terdapat makhluk halus. Salah seorang daripada kami mencalitkan minyak morhabshi ke tubuhnya dan menuju ke pokok berhantu itu.

Sebentar kemudian sahabat saya itu berpatah balik ke arah kami.

Menurut remaja tersebut, ketika sahabat kami itu berjalan ke situ, makhluk itu sedang memandang ke arah lain. Dia seolah tersentak dengan kehadiran sahabat kami dan segera terbang melarikan diri.

Remasa tersebut juga memberitahu bahawa makhluk tersebut sepatutnya tidak perlu lari kerana dia tahu bahawa manusia tidak mampu melihatnya.

Menurut remaja itu lagi, makhluk itu sebenarnya lari bagi menghindari minyak morhaabshi yang mengandungi beberapa bahan yang tidak disukainya. Antaranya ialah resin morhabshi dan Raja Kayu.

Wallahu'alam.


-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Monday, February 27, 2012

menghentikan selsema

Walaupun  dijadualkan bercuti selama seminggu sempena Tahun Baru Cina yang lalu namun saya diarah menghadiri kursus di IAB Genting Highland.

Mahu tidak mahu terpaksalah kemas kain baju untuk bearada di sana selama 3 hari dua malam.

Meskipun pengisian mana-mana kursus yang saya sering hadiri hampir sama sahaja namun kebosanan sedikit terubat apabila dapat bertemu sahabat-sahabat seperjuangan.

Justeru sebaik slot terakhir pada malam pertama ditangguhkan, tanpa berlengah lagi saya dan beberapa orang sahabat mengambil kesempatan untuk keluar minum-minum dan berbual.

Seorang sahabat tiba-tiba menegur logo Morhabshi yang terlekat pada kereta saya.

“Eh, macam biasa nampak logo ni di blog.”  Ujar sahabat tersebut yang merupakan seorang pensyarah kanan di sebuah IPG.

“Memang lah. Engkau tak tau lagi ke produk Cheguman ni?” seorang sahabat menyampuk.

“Tertinggal betullah engkau ni. Satu Malaysia dah tau!” seorang lagi sahabat menambah.

Maka saya segera mengambil sebotol minyak Morhabshi dan memberikan kepada beliau.

Rupa-rupanya sahabat tersebut mengalami selsema yang agak teruk hinggakan beliau terpaksa membawa sehelai tuala yang agak besar (lebih besar daripada ‘tuala Good Morning’) ke mana-mana kerana cecair dari hidungnya seakan tidak pernah berhenti.

Ketika di sebuah restauren, saya membukakan web Morhabshi dan meminta beliau membaca testimonial para pelanggan.

“Ha. Ini ada testimonial tentang selsema.” Kata beliau tiba-tiba.

Benarlah. Terdapat satu testimonial yang ditulis oleh seorang pengguna yang juga seorang blogger yang agak terkenal tentang pengalaman beliau menggunakan minyak morhabshi: (Testimonial penuh di sini)
Saya selalu kena selesema dan tiap kali kena memang teruk asyik bersin & meleleh hingus. Kebetulan saya terbaca kegunaan minyak Morhabshi ialah dengan meminumnya. Saya dah guna lama tapi tak pernah minum pun. Saya cuba tengahari 1 sudu dan malam 1 sudu. Lepas tengok AF9, saya tertidur dan pagi besok jaga, alhamdulillah! selsema hilang terus tak macam selalu berhari2 baru nak hilang. Dengan izin Allah, dalam masa xsampai 24 jam selsema hilang, hingus takde, pulih macam biasa. Syukur.PokMe - Wilayah Persekutuan
Maka pensyarah tersebut segera menuangkan minyak morhabshi ke sudu teh dan terus meminumnya ketika itu juga.

Kesannya?

Pada keesokan hari ketika berjumpa, beliau memberitahu bahawa beliau tidak perlu lagi membawa tuala besar itu lagi kerana cecair yang selama ini mengganggu sudah hampir tiada.

Alhamdulillah.

Dan saya mendapat jualan runcit lebih RM200 apabila masing-masing membeli minyak morhabshi untuk dibawa pulang.

Sementara itu, kelmarin saya menerima panggilan telefon seorang pengguna yang berminat untuk menjadi agen Morhabshi.

Menurut pemanggil daripada Terengganu itu, anaknya yang tinggal di asrama mengadu sering diganggu oleh sesuatu yang dia tidak pasti.

Oleh kerana beliau memang ada menyimpan minyak Morhabshi maka diberinya sebotol pada anaknya untuk dibawa pulang ke asrama.

Alhamdulillah, sejak itu anak beliau dapat tidur dengan tenang.

Semalam, ketika dalam perjalanan untuk menjemput anak kami di Maahad Tahfiz Chenderah Jasin, pelanggan yang bernama Sukri itu menelefon saya lagi. Rupa-rupanya beliau hendak berkongsi pengalaman terbaru.

Seorang anak buahnya (anak kakak beliau) yang berumur 9 tahun juga mengalami gangguan ketika tidur. Maka diberinya sebotol minyak Morhabshi.

Alhamdulillah, pagi tadi kakaknya memberitahu bahawa budak itu dapat tidur dengan mudah dan tidak lagi ‘terjaga-terjaga’ di tengah malam.

 Memang elok jika sentiasa disimpan di rumah.


Sunday, February 26, 2012

Sangat berkesan



"Tq my last bottle tinggal suku lagi, very effective".

Demikian sms yang saya terima sebentar tadi daripada Puan Samahah, Perak.

Sebenarnya saya tak tahu apa masalah yang dihidapi beliau. Segan pula nak bertanya.

Apapun saya amat gembira dan bersyukur kerana minyak Morhabshi telah membantu mengatasi masalah yang dihadapi.

Yang penting, pengguna berpuas hati.

Saya letakkan foto berkenaan kulit di atas tadi kerana minyak Morhabshi sering berkesan untuk hampir semua penyakit kulit.

Ramai yang gunakan untuk gatal-gatal kulit dan celahan jari kaki yang berkulat.

Malah ada beberapa kes kayap dan beguk telah disembuhkan setelah menggunakan minyak morhabshi.

Apapun penyakit anda kami harap minyak morhashi dapat membantu.

posted from Bloggeroid

Saturday, February 25, 2012

lumpuh, santau dan mati pucuk angkara makhluk halus

Baru-baru ini saya menerima panggilan daripada Kak Saadiah (Perak). Setelah mengucapkan terima kasih kerana penghantaran minyak Morhabshi, beliau memberitahu ingin menceritakan satu pengalaman.

Kebetulan saya berada di rumah maka saya gunakan 'loud speaker' agar isteri saya boleh mendengar sama kesah menarik yang ingin diceritakannya.

Ibu beliau sudah 3 tahun diserang lumpuh dan tidak mampu berjalan. Maka disapunya minyak Morhabshi pada tempat berkenaan, terutama bahagian kaki.

Sebaik disapu, ibu beliau memberitahu bahawa dia berasa seram sejuk seperti ada sesuatu yang aneh pada dirinya. Seolah-olah ada benda lain turut berada di situ.

Malah Kak Saadiah dapat melihat bulu roma ibunya berdiri!

Namun Kak Saadiah menenangkan ibunya dan tekad untuk terus menyapu minyak ini sambil membaca ayat-ayat AlQuran.

Setelah disapu beberapa kali, alhamdulillah, ibunya boleh berdiri dan berjalan semula.

Cerita tersebut agak mengejutkan saya. Selama ini saya menyangka penyakit lumpuh tiada kaitan dengan makhluk halus.

Kebetulan pada hari berikutnya saya menerima pula panggilan dari saudara Irfan (stokis Sabah). Beliau menceritakan satu kes lain yang melibatkan pelanggannya.

Pelanggan yang juga rakannya itu membeli minyak Morhabshi tanpa memberitahu tujuan. Namun setelah beberapa hari, teman itu memberitahu bahawa dia sebenarnya mengalami masalah mati pucuk.

Setelah menggunakan minyak ini, dia mengalami peristiwa aneh yang sukar diceritakan. Dengan kata lain, ia berkaitan alam mistik.

Alhamdulillah, masalah teman tersebut juga telah selesai dengan izin Allah SWT.

Sementara itu saya juga menerima panggilan mengenai santau yang berjaya dirawat menggunakan minyak Morhabshi. Saya tidak pasti samada pemanggilnya juga Kak Saadiah tadi ataupn pelanggan lain.

Ia mengenai adik beliau yang pernah terkena santau. Oleh kerana saya tidak begitu mengingati kesah yang diceritakan itu secara detail, maka satakat itu sahajalah yang boleh saya catatkan.


Foto hiasan sahaja:
Fathurnet

Sunday, February 19, 2012

Edisi usahawan: Produk mentah untuk dijual



Nak berniaga? Tiada modal?

Maaf, itu saya tak boleh tolong. Mahu tidak mahu modal perlu ada. Tak kira lah samada menggunakan duit sendiri atau melalui pinjaman.

Saya hanya boleh bantu dari segi produk dan pengalaman.

Tiada kedai atau premis perniagaan?

Itu juga tidak mengapa kerana tidak semua perniagaan memerlukan kedai fizikal.

Saya sudah membantu ibu saya menjual produk keluaran beliau sejak saya berumur 8 tahun, tanpa kedai. Hanya sebiji raga berisi kuih muih untuk dijaja dari rumah ke rumah.

Sekarang dalam usia 45 tahun saya masih membantu ibu saya menjual produk yang dibuatnya.

Cuma kami tidak lagi menjual kuih muih.

Produk kami ialah minyak morhabshi.

Saya sudah menjual produk ini sejak lebih 10 tahun melalui internet.

Namun perkembangan ketara hanya berlaku sekitar dua tahun lalu. Peningkatan pengguna media baru secara mendadak melalui gadjet canggih dan mesra-pengguna merancakkan perniagaan online.

Hari ini pengguna melayari internet di mana-mana sahaja dan meliputi semua peringkat.

Sudah lazim kita lihat orang melayari internet melalui handphone, ipad, tablet, atau laptop di dalam bas expres yang sedang bergerak atau di dalam feri ke Langkawi.

Di tepi jalan, dalam pasaraya, bahkan di ceruk hutan juga capaian internet boleh didapati.

Jika dua tahun lepas saya cuma menjana sekitar RM500-1000 sebulan namun sejak 2010 syarikat saya mengutip tidak kurang RM10 ribu sebulan. Bulan Disember 2010 jualan mencecah RM23 ribu sebulan.

Kekuatan utama syarikat kami ialah produknya. Minyak herba yang diwarisi daripada datuk kami ini berciri serbaguna.

Paling menarik ialah lebih 70% pembeli setiap bulan adalah pelanggan lama.

Dua aspek lain yang turut menyumbang pada peningkatan jualan internet ialah sistem penghantaran dan kaedah pembayaran yang semakin mudah.

Jika anda di Sarawak dan membuat pesanan hari ini, InsyaAllah pagi esoknya produk tersebut sudah tiba di tangan anda.

Pokok Morhabshi (Myrrh)

Terdapat pelbagai kaedah pembayaran yang amat mudah. Selain perbankan internet (Maybank2u, CIMBclicks dan lain-lain) mesin ATM membolehkan sesiapa sahaja membayar walaupun tidak mempunyai akaun di bank tersebut.

Sekarang mesin ATM berada di mana-mana termasuk di stesyen petrol dan di lebuh raya.

Ok. Saya fikir masalah produk, cara penghantaran dan kaedah pembayaran sudah selesai.

Bagaimana memulakannya?

Pertama, anda perlu ada kedai online. Mahu yang berbayar atau percuma? Berdasarkan pengalaman, anda sepatutnya ada sebuah web rasmi. Web tersebut penting bagi menyakinkan bakal pembeli.

Anda boleh menggunakan blog atau Facebook sahaja namun pelanggan ingin melihat samada anda serius atau tidak dalam perniagaan.

Saya boleh cadangkan web dengan modal di bawah RM500 yang lengkap menggunakan jenama anda sendiri. Saya akan beri nombor handphone seorang webmaster dan anda hubungilah sendiri. Mungkin anda boleh pujuk dia untuk bayaran yang lebih murah.

Seterusnya anda boleh menggunakan blog, Facebook, Twetter, dan sebagainya bagi menyokong web tersebut. Yang itu percuma.

Pada peringkat awal dulu saya hanya menggunakan cara tersebut. Hal ini kerana kekurangan modal dan pengalaman.

Sebenarnya saya tidak berani mencuba.

Namun sekarang saya menggunakan cara yang lebih mudah untuk membuat promosi. Saya letakkan banner produk saya di blog-blog tertentu yang saya lihat agak popular. Banner tersebut dipautkan terus ke web rasmi syarikat.

Jika anda rajin mencari, anda akan temui banyak blog seperti itu yang menawarkan harga berpatutan. Biasanya antara RM10 hingga RM300 sebulan.

Kebanyakan iklan saya sekitar RM100 sebulan dan saya membelanjakan antara RM300 hingga RM800 setiap bulan meliputi kira-kira 10 blog yang menyiarkan iklan tersebut dalam satu-satu masa.

Memang berbaloi. Malah saya terpaksa menambah bandwitdh web saya beberapa kali kerana lonjakan pengunjung yang amat mendadak.

Melalui cara tersebut saya membuat jualan tidak kurang RM10 ribu sebulan.

Jika anda benar-benar tidak cukup modal, anda boleh mencari tempat percuma bagi meletakkan iklan. Namun berdasarkan pengalaman ia kurang berkesan.

Ingat pesanan saya tadi. Bakal pembeli ingin melihat anda serius dalam perniagaan.

Oleh kerana kami menyediakan produk mentah kepada anda maka anda perlukan sedikit alatan lagi.

1. Botol
2. Label

Untuk permulaan anda tidak perlu mencari sendiri botol. Kami akan bantu anda mendapatkan botol dan menyiapkan labelnya.

Modal yang diperlukan untuk 1000 botol pertama:

Produk mentah: RM3000
Botol: RM200
Label: RM200
Web: RM500 sekali sahaja
Blog: PERCUMA
Facebook: PERCUMA
Promosi: anggaran RM300 sebulan (terpulang pada anda)

JUMLAH: RΜ4200 sahaja (lebih kurang)

Dengan modal kurang daripada RM5000 anda sudah memiliki perniagaan online sendiri.

Sebagaimana yang saya pesan di awal tadi, anda perlu sediakan modal permulaan. Terdapat beberapa bank yang boleh anda mohon. Antaranya Bank Rakyat. Atau, anda mungkin ahli kepada mana-mana kooperasi?

Oh ya. Sudah tentu anda memerlukan bahan promosi.

Kelebihan bisnes secara online ialah kita tidak begitu perlukan bahan bercetak seperti flyer dan sebagainya yang memerlukan kos ribuan ringgit.

Oleh kerana produk ini sudah di keluarkan lebih 50 tahun dan dipasarkan di internet lebih 10 tahun maka produk ini sudah banyak menerima testimonial daripada pelanggan.

Anda boleh ambil semua bahan promosi di www.morhabshi.com dan http://morhabshi.blogspot.com.

Anda boleh copy & paste sahaja jika merasa sukar untuk mengolah semula. Yang penting anda tonjolkan jenama anda sendiri.

Jangan bimbang dengan jenama kerana nama minyak morhabshi adalah nama umum. Sama seperti minyak gamat, minyak serai, minyak habbatussauda dan lain-lain.

Saya sendiri dalam proses rebranding pada produk saya dengan nama yang baru. Mungkin saya akan namakan minyak Morha atau Myha.

Ertinya tidak lama lagi produk syarikat saya akan dikenali sebagai Minyak Morha manakala minyak morhabshi akan dikenali sebagai nama produk sahaja.

Hal tersebut sama lah dengan minyak gamat cap helang, minyak serai cap warisan, minyak kelapa dara keluaran syarikat Borhan, atau minyak kambing gurun dengan jenama Songkok.

Selain contoh di atas kita dapati terdapat berpuluh-puluh jenama minyak gamat, minyak kelapa dara, dan minyak serai di pasaran.

Sekarang kita perluaskan minyak morhabshi.

Oh ya. Jika anda kali pertama mengenali Minyak Morhabshi sila baca mengenainya di web rasmi kami.

Jika gamat dan kambing gurun sejenis haiwan maka morhabshi adalah sejenis tumbuhan. Anda boleh mencari maklumat tambahan di internet dengan menaip 'myrrh'. Terdapat banyak kajian saintifik mengenainya yang dilakukan di seluruh dunia.

Apabila dijadikan minyak maka dipanggil Minyak morhabshi.

Sebenarnya minyak morhabshi mempunyai beberapa versi berdasarkan campurannya. Keluarga kami sendiri mempunyai sekurang-kurangnya tiga versi minyak morhabshi.

Anda boleh menjual mana-mana versi atau ketiga-tiganya sekali.

Penjenamaan sendiri memberi keuntungan jangka panjang pada anda berbanding jika menggunakan jenama kami.

Jika jenama anda sudah terkenal anda boleh daftarkan sendiri dengan KKM, membuat Trademark, dan berbagai lagi.

Seterusnya anda boleh dapatkan produk lain seperti maajun atau jamu dan terus pasarkan menggunakan jenama anda tersebut.

Itulah yang telah saya lakukan. Peringkat awal dulu semua saya lakukan seorang diri. Kini saya mempunyai beberapa orang pekerja yang terdiri daripada adik-adik dan keluarga saya.

Jika anda memang sudah mempunyai syarikat dan jenama sendiri maka itu lebih mudah. Namun jika belum, apakata anda mulakan sekarang?

Mana tahu dalam tempoh 5 tahun lagi anda sudah bergelar jutawan herba!

Tahukah anda bahawa kebanyakan pemilik syarikat herba tempatan yang bertaraf jutawan bukannya mengeluarkan sendiri produk? Kebanyakannya membeli Produk orang lain dan membungkusnya semula seterusnya memasarkan menggunakan jenama sendiri.

Itulah yang dipanggil repackaging.

Noor Azman Aminudin (019-4402211)
Pengarah Urusan
Morhabshi
posted from Bloggeroid

Monday, February 13, 2012

merawat cirit birit

2,236 kes cirit-birit atau wabak acute gastroenteritis (AGE) yang menyerang daerah Hilir Perak dan Batang Padang dalam tempoh dua minggu lalu sebagaimana yang dilaporkan Utusan Online 10 Feb 2012 bukanlah satu kes yang kecil. Apatah lagi ia juga telah meragut dua nyawa.


Menurut efarmasi.com 
Cirit-birit bukanlah sejenis penyakit tetapi adalah gejala kepada penyakit-penyakit tertentu. Pesakit mengalami kekerapan dalam pergerakan usus dan terdapat kekerapan dalam najis berair. Cirit-birit biasanya akan terhenti selapas rawatan simptomatik diberi serta merta. Pada dewasa, keadaan ini tidaklah serius. Akan tetapi, pada kanak-kanak dan orang tua, jika pendehidratan tidak dirawat dengan segera, ia mungkin mengakibatkan maut.
Antara punca terjadinya cirit birit iaitu:
> Meminum air yang tercemar.
> Memakan makanan yang tercemar.
> intoleran makanan, contohnya intoleran laktosa.
> Jangkitan virus, bakteria atau parasit pada usus, contohnya Rotavirus, Shigella dan ameba.


Antara langkah yang perlu diambil jika diserang cirit birit ialah:


>> Minum banyak air.
>> Elakkan minuman beralkohol, berkafein dan susu.
>> Ambil cecair rehidrasi oral (sila runding dengan pegawai farmasi anda)
>> Ambil makanan yang lembut seperi bubur, biskut kraker atau roti bakar, atau epal atau
     pisang yang dimasak.

>> Elakkan makanan berlemak, daging dan sayur-sayuran mentah, yang lebih susah untuk
    dihadam.

>> Jika cirit-birit tidak berhenti dalam 2-3 hari atau jika keadaan menjadi lebih tenat, runding
    dengan doktor anda.

>> Ambil ubat untuk cirit-birit selepas beunding dengan doktor atau pegawai farmasi anda. 


Cirit birit juga biasa berlaku pada bayi. Jika ini terjadi, petua berikut boleh diikuti:
>>> Teruskan penyusuan bayi.
>>> Jika memberi formula susu, cairkan formula tersebut dan berikan cecair rehidrasi oral
    selepas berunding dengan doktor atau pegawai farmasi anda.

>>> Elakkan penggunaan ubat cirit-birit untuk bayi atau kanak-kanak.
>>> Mantau keadaan bayi atau kanak-kanak dengan teliti.
>>> Runding dengan doktor anda jika cirit-birit tidak berhenti, atau kanak-kanak mula muntah, atau jika terdapat gejala-gejala dehidrasi, atau jika terdapat darah atau lendir pada najis. 



Jika ke klinik, doktor akan memeriksa dan menyiasat bagi menentukan punca berlakunya cirit-birit. Dalam keadaan tertentu pemeriksaan yang lebih rinci mungkin perlu, contohnya pemeriksaan najis.

Antibiotik biasanya tidak dipreskripsi melainkan pada keadaan tertentu. Malah ada masanya penggunaan antibiotik mungkin menerukkan cirit-birit, melanjutkan jangkitan organisma-organisma tertentu yang menjurus kepada berlakunya rintangan.


Dalam perubatan tradisional, banyak tumbuhan herba yang boleh digunakan bagi merawat cirit birit tanpa meninggalkan kesan sampingan. Antaranya:




1. Kunyit
Petua ini terutamanya untuk bayi. Ambil 2 potong kunyit dan sepotong kecil kayu jati. Salah satu dari kunyit tersebut hendaklah dikupas dan dicuci bersih, manakala yang sepotong lagi dibakar hingga kulit bertukar hitam lalu dibersihkan. Kunyit itu kemudian diparut kesemuanya.
Ambik potongan kayu jati dan bakar sehingga menjadi bara lalu masukkan kedalam segelas air. Kunyit yang telah diparut itu juga masukkan ke dalam gelas tersebut. Perah airnya dan amalkan meminumnya 3 kali sehari atau 1 sudu makan untuk anak kecil. Sukatan bagi oarng dewasa pula ialah 2 sudu makan, 3 kali sehari.



2. Durian belanda
Ambil sebiji buah durian belanda dan asingkan bijinya. Perah jusnya ke dalam gelas dan tapiskan. Hasil tapisan kemudian di campurkan dengan susu pekat manis secukupnya dan minum 2 kali sehari.
3. Jintan putih
Ambil jintan putih, kulit buah delima, 3 hiris halia, santan pekat dan buah pala beserta bunganya sekali. Kisar kesemua bahan tersbut sehingga halus (kecuali santan). Setelah hancur kesemuanya, campurkan dengan santan dan hasilnya bolehlah digunakan untuk merawat cirit birit ini dengan cara meletakkan ramuan ini ke perut dan juga ulu hati kemudian balut dengan kain.
4. Daun jarak (sesuai untuk bayi)
Ambil beberapa helai  daun jarak dan panaskan dengan api sehingga daun menjadi layu. Tampal daun tersebut ke perut bayi dan bungkus dengan kain.


Selain itu penggunaan ramuan yang sudah siap juga dapat membantu melegakan cirit birit. Terdapat banyak produk berkenaan di pasaran.



Salah satu daripadanya ialah minyak Morhabshi (minyak morha). 


Minyak morha atau Morhabshi digunakan melalui dua cara iaitu sapuan dan/atau meminumnya.


Minyak Morha menggunakan 100% ramuan daripada tumbuhan (minyak, daun, batang, dan akar). Terdapat lebih 30 jenis herba tempatan dan luar negara dicampurkan dan diadun menjadi minyak.


Oleh kerana minyak Morha ini terdiri daripada pelbagai herba yang memiliki pelbagai khasiat maka ia muncul sebagai minya serbaguna yang amat sesuai disimpan di rumah.


Selain cirit birit, Minyak Morhabshi @ Morha ini juga didapati berkesan merawat hampir semua penyakit kulit. Ia juga diakui berkesan untuk sakit gigi dan ulser.


Oleh kerana ia terbina daripada 100% herba yang boleh dimakan maka ia langsung tidak berbahaya jika tertelan atau sengaja diminum.


Gunakan 1/2 - 1 sudu teh bagi merawat penyakit dalaman. Ramai yang mengakui minyak Morhab ini membantu melegakan sakit mereka.


Selain perut, amalan menyapu Minyak Morha di dada dapat meredakan asma dan melegakan sesak nafas. 


Lebih istimewa lagi, Minyak Morhabshi dicampur resin pokok Morhabshi (Myrrh), Raja Kayu, dan dibacakan ayat Al-Quran tertentu semasa meramunya diakui berkesan menghindari gangguan makhuk halus termasuk histeria, sihir, dan santau.








Sumber:

 http://www.petuaherba.com/merawati-cirit-birit#ixzz1mKOd6g00

http://www.efarmasi.com
http://www.morhabshi.com



Friday, February 3, 2012

ubat penahan sakit yang tidak bahaya



DR ABDUL RAZAK
 Sebelum saya jelaskan maksud tajuk di atas barangkali ada baiknya kita lihat dulu sebuah artikal yang saya temui di sebuah web berkenaan pil penahan sakit yang biasa digunakan.
Ubat penahan sakit biasa mengandungi bahan kimia dipanggil ‘acetaminophene’

KUCHING: Ubat penahan sakit atau paracetamol yang dipercayai mengandungi sejenis bahan kimia yang dipanggil ‘acetaminophene’ dipercayai boleh memudaratkan kesihatan pengguna.
Penggunaan ubat penahan sakit itu dipercayai digunakan di seluruh negara sebagai ubat ‘mesti’ di hospital kerajaan dan klinik swasta untuk menyembuhkan pesakit. 
Kenyataan itu disahkan oleh Pakar Nutrisi sebuah klinik persendirian Dr Abdul Razak Ibrahim ketika dihubungi di sini semalam. 
“Ramai yang tidak tahu bahawa penggunaan paracetamol atau ubat penahan sakit adalah sebagai alternatif bagi mengurangkan kesakitan akan tetapi dos berlebihan boleh menyebabkan kemusnahan pada sistem organ dalaman manusia,” katanya semalam. 
Tambahnya, ‘acetaminophene’ juga penyebab kepada kerosakan pada tisu serta otot jantung, buah pinggang dan usus turut dipercayai penyebab kepada penggumpalan darah ke jantung.
Beliau turut menyarankan agar penelitian dan kajian dijalankan terhadap penjualan ubat penahan sakit di kaunter-kaunter atau kedai runcit biasa yang dianggap berbahaya kepada kesihatan pengguna jika digunakan secara berlebihan. 
Bagaimanapun, Pengarah Kesihatan Negeri Dr Zulkifli Jantan yang menjawab kepada persoalan terbabit berkata, pihaknya percaya paracetamol meninggalkan risiko minimum kepada pengguna. 
“Ini kerana ia hanya boleh menyebabkan kemudaratan sekiranya pengguna mengambil ubat penahan sakit dalam dos yang berlebihan. Jadi harus ingat, pengambilan ubat harus mengikut dos yang ditetapkan,” jelasnya. 
Ditanya jika ubat penahan sakit merupakan penyumbang kepada penyakit epidemik dan berkemungkinan menyebabkan kadar kematian meningkat beliau menjawab: “Saya tidak dapat menjawab soalan itu kerana belum terdapat kajian dijalankan lagi mengenainya.” 
Beliau juga tidak dapat menjawab kesahihan kewujudan bahan kimia beracun ‘acetaminophene’ yang dipercayai terkandung di dalam ubat penahan sakit itu sehingga kajian pihak farmasi membuktikan bahawa terdapat bahan terbabit.




Saya percaya kebanyakan daripada kita memang sudah maklum mengenai bahaya ubat penahan sakit berasaskan dadah dan kimia. Walaupun terdapat sedikit kesamaran dari segi sejauh mana bahayanya, bagi saya adalah lebih baik kita menghindarinya terus.

Cuma persoalannya, apa pilihan kita?

Sebenarnya banyak alternatif lain bagi menahan kesakitan akibat kecederaan (seperti luka), kesakitan kerana hidapan (seperti sakit kepala dan gigi), sakit kerana rawatan (rawatan gigi, batu karang, berkhatan), dan sebagainya.

Malah ada rawatan alternatif berasaskan herba yang bukan sahaja melegakan ketika itu malah sekaligus menyembuhkan.

Salah satu daripadanya ialah minyak herba Morhabshi yang keluarga kami keluarkan. Contoh-contoh yang saya catat di atas adalah contoh sebenar yang kami temui berdasarkan pengalaman kami dan para pelanggan sejak puluhan tahun yang lalu.

Sebenarnya banyak lagi kegunaan minyak Morhabshi. Itulah sebabnya disarankan setiap keluarga menyimpan sebotol minyak Morhabshi di rumah dan di tempat kerja. Bahkan elok juga disimpan sebotol di dalam kereta.



Oh ya. Minyak Morhabshi boleh disimpan lama. Setakat satu-dua tahun tak ada masalah. Masih boleh diguna. 


Minyak Morhabshi adalah produk berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.


Jika berminat boleh hubungi terus kami selaku pengeluar minyak Morhabshi. SMS nama dan alamat ke 019-4401944. Lihat panduan di bahagian atas blog ini.


Maklumat lanjut juga boleh diperolehi di web rasmi www.morhabshi.com


Sumber:

Read more: http://www.theborneopost.com/2011/11/03/ubat-penahan-sakit-berisiko/#ixzz1kcUsuJUZ

Disalin daripada: http://www.theborneopost.com/2011/11/03/ubat-penahan-sakit-berisiko/
by Henrietta Liza. Posted on November 3, 2011, Thursday

Pengumuman penting

Membuat pesanan/pembelian (SMS ke 0194401944)

Ya, 01944-01944. Amat mudah.

sila guna no Akaun:
cimb 0408-0009 1360 58 (MORHABSHI)
ATAU;
Maybank 1540 5329 0898 (Noor Azman Aminudin)


SMS kepada 01944-01944

Itu sahaja. Terima kasih.

Untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi terus saya di 0194402211.

Minyak Morhabshi adalah produk berdaftar di bawah Kementerian Kesihatan (KKM: NOT110703273K).

MORHABSHI adalah jenama berdaftar (trademark) dan dipermilik di bawah
Syarikat MORHABSHI (REG. MA0154229-W)

Pejabat urusan morhabshi
16B-1, JALAN PERMATA 14, TAMAN HARTA PERTAMA, BUKIT BARU SYESYEN 2, 75150 MELAKA, MALAYSIA

Kongsi pengalaman anda atau pelanggan yang menggunakan minyak morhabshi

Tempah sekarang 0194401944 tanpa deposit

Tempah sekarang 0194401944 tanpa deposit

khasiat Zafaron @ Safron

Sememangnya kami sentiasa menyimpan stok Zaafaron atau Safron dalam kuantiti yang agak banyak. Maklumlah, kami memang memerlukannya sentiasa bagi dicampurkan bersama bahan lain dalam ramuan minyak morhabshi. Membeli dalam kuantiti yang banyak memang menguntungkan kerana kami diberi harga yang lebih murah. Justeru, jika sesiapa ingin merasai sendiri khasiat dan keistimewaan Zaafaron atau Safron bolehlah dapatkan daripada kami pada harga yang berpatutan. Cuma RM10 untuk bancuhan sebanyak 20 mug air atau 10 botol air (500ml). Tambah RM5 untuk kos penghantaran. Namun jika anda membeli RM20, kami kecualikan kos penghantaran. Oh ya. Jika anda memesan Minyak Morhabshi, maka anda juga dikecualikan terus daripada membayar kos penghantaran tadi. Cara menggunakannya amat mudah. Campurkan antara tiga hingga 5 urat (helai) safron ke dalam segelas air dan biarkan ia larut sebelum diminum. Air tersebut akan bertukar warna menjadi keemasan. Itulah sebabnya salah satu kegunaan safron ialah sebagai pewarna nasi beryani. Selain diminum begitu sekaligus, anda juga boleh memasukkan lima hingga 10 urat ke dalam sebotol air 500ml dan diminum sedikit demi sedikit sepanjang hari. Anda boleh gunakan air panas, air suam, air sejuk, air tapisan, atau air mineral. Saya sendiri mengamalkannya bagi mengubati darah tinggi. Kali pertama saya mencuba (satu mug dicampur lebih kurang lima urat Safron) dan diminum sekaligus, terasa sakit kepala sedikit. Urat tengkuk seolah menegang. Oleh kerana saya memang mempunyai alat pengesan tekanan darah maka saya menggunakannya kira-kira dua jam selepas itu. Hasilnya, alhamdulillah. Bacaan tekanan darah saya 120/80. Apabila saya bangun pagi esoknya, terasa satu kelainan iaitu badan 'terasa ringan' dan segar - satu keadaan yang sudah lama tidak saya rasakan. Pada hari kedua saya meminumnya, masih terasa sedikit tindak balas sebagaimana yang saya ceritakan tadi. Namun saya rasakan semakin sihat dan segar. Seolah kesihatan saya sudah pulih seperti dulu. Selepas itu saya terus menggunakannya hingga kini dan tidak ada lagi sebarang tindak balas seperti tadi. Cuba lah. Lihat artikal berkaitan di sini.
Bacaan tambahan di sini.
Tonton video penghasilan Safron di sini.
Dapatkan maklumat tambahan mengenai minyak morhabshi di laman rasmi www.morhabshi.com

VVIP

Minyak Morhabshi kami diadun dengan lebih daripada 30 jenis herba tradisional tempatan.

TIADA SEBARANG DADAH, RACUN, ATAU BAHAN KIMIA

Kegunaan Morhabshi dalam kebudayaan Melayu

Meskipun ramai yang merasakan baru pertama kali mendengar nama Morhabshi, namun ia sebenarnya bukanlah asing dalam kebudayaan Melayu. Orang Melayu menggelarnya 'kemenyan bunian' kerana keampuhannya menghindari gangguan makhluk halus. Bahagian yang paling penting ialah getahnya yang digunakan untuk menghalau atau menghindari makhluk ghaib tersebut. Di Malaysia khasiat Morhabshi dipercayai lebih awal diamalkan dalam masyarakat lain seperti Arab, Cina dan India.

Morhabshi dalam Perubatan Tradisional

Dipercayai resin Morhabshi memasuki Tanah Melayu dan dalam kehidupan orang Melayu melalui pergaulan dan persemendaan dengan masyarakat Arab yang ketika itu menguasai istana dan golongan bangsawan.

Berdasarkan pengamatan dan ilmu yang dimiliki nenek moyang kita, Morhabshi dicampurkan bersama minyak-minyak tertentu seperti minyak kelapa, zaiton, lenga (bijan), serai serta herba-herba seperti keduduk putih, bayam batu, lemuni, raja kayu, hempedu bumi, cekur dan sebagainya dapat menyembuhkan pelbagai penyakit kulit seperti kayap, barah, kudis, gatal-gatal serta sakit gigi, cirit-birit dan sebagainya.

Campuran ini juga didapati berkesan menghentikan pendarahan luar (luka dan sebagainya).

Bagi yang kurang yakin dengan kehebatan nenek moyang kita, sila semak kembali perjalanan sejarah negara, terutama Empayar Melaka yang pernah menjadi pusat perdagangan, pusat penyebaran Islam, dan pusat perkembangan ilmu pengetahuan terhebat di zamannya.

Justeru adalah mustahil bangsa yang begitu hebat ketika itu tidak mempunyai teknologi perubatan mereka sendiri.

Popular Posts

Noor Azman Aminudin
Pengarah Urusan Morhabshi

PEJABAT URUSAN MORHABSHI

16B-1, JALAN PERMATA 14, TAMAN HARTA PERTAMA, BUKIT BARU SYESYEN 2, 75150 MELAKA.
0194402211 | 0194401944

cheguman@gmail.com; cheguman@yahoo.com; cheguman@live.com

Web rasmi: morhabshi.com
Web Agen jualan: morhabshi.biz

Blog: www.morha.info

Web iklan: www.iklanpercuma4all.com

Facebook: http://facebook.com/morhabshi

MORHABSHI adalah sebuah syarikat berdaftar: M0154229-W

Minyak MORHABSHI adalah produk berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia: NOT110703273K

MORHABSHI adalah jenama berdaftar di bawah Perbadanan Harta Intelek Malaysia. Sebarang peniruan, pemalsuan, atau penggunaan tanpa izin akan didakwa.

Pengkalan Blog Morhabshi